Home » Langit Terbuka » 25 murid perempuan dicabul guru ketika ‘diruqyah’

25 murid perempuan dicabul guru ketika ‘diruqyah’

Paparan skrin portal Kompas.com yang melaporkan kejadian gangguan seksual di SMP Negeri 6 Jombang.

JOMBANG: Sejumlah 25 murid Sekolah Menengah Pertengahan Negeri 6 Jombang di Jawa Timur, Indonesia dilaporkan menjadi mangsa gangguan seksual oleh guru mereka sendiri.

Ketua Polis Jombang, Agung Marlianto berkata pihaknya mendapat laporan berkenaan kes itu Isnin lalu.

“Laporan mengatakan seramai 25 murid menjadi mangsa kepada seorang guru yang tidak bertanggungjawab,” katanya dipetik laporan Kompas.com.

Beliau memohon ibu bapa murid-murid tersebut memberi kerjasama untuk membuat kenyataan jelas kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

“Kami berjanji akan menyelesaikan kes ini. Kami memohon atas kerjasama ibu bapa semua mangsa untuk bergiat dalam menangani kes ini agar ia dapat memudahkan serta mempercepatkan siasatan,” ujarnya.

Sementara itu, pengetua sekolah terbabit, Suprayitno berkata berdasarkan laporan yang diterima oleh pihak sekolah, gangguan seksual terhadap kanak-kanak itu berlaku sejak tujuh bulan lepas. Namun, ia hanya terbongkar beberapa hari lalu.

Beliau berkata kejadian tersebut didakwa berlaku di tempat dan waktu yang berbeza, termasuk ketika murid menjalani kegiatan perkhemahan di luar sekolah.

Katanya, suspek yang baru berpindah ke sekolah itu menggunakan alasan ‘ruqyah’ sebagai kaedah untuk mencabuli murid-muridnya.

“Katanya nak buat ruqyah, tapi peliknya hanya perempuan sahaja yang diruqyah,” kata Suprayitno.

Menurut laporan beberapa media Indonesia, suspek menggunakan alasan melakukan ruqyah dengan meraba tubuh dan kemaluan mangsa.

Aktivis Lingkar Indonesia untuk Keadilan (LINK), Aan Anshori, mengecam kejadian itu.

“Kes itu terjadi sejak tujuh bulan lalu dan ia baru terbongkar. Ini menunjukkan betapa lemahnya perlindungan sekolah ke atas murid-muridnya,” tegasnya.

Aan memohon agar pihak polis segera menangani kes tersebut.- ASTRO AWANI

Artikel Berkaitan

Selangor sediakan modul khas pulihkan ahli GISB

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini dalam fasa memulihkan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *