Home » Langit Terbuka » 25 bakal jemaah umrah dakwa rugi RM178,600

25 bakal jemaah umrah dakwa rugi RM178,600

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah ( Cake ) Mohd.Yusrizal Yusoff ( kiri) bersama mangsa pakej umrah yang membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah ( IPD ) Kota Setar, hari ini. - UTUSAN ONLINE Artikel Penuh: https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/25-bakal-jemaah-umrah-dakwa-rugi-rm178-600. Foto : Utusan

Lagi kes tipu umrah di Kedah

ALOR SETAR 27 Jan. – Seramai 25 orang kerugian sebanyak RM178,600 dipercayai ditipu oleh seorang wanita yang mendakwa wakil sebuah syarikat pengendali pakej umrah di ibu negara.

Salah seorang mangsa, Siti Fatimah Osman, 68, berkata, dia bersama-sama bakal jemaah umrah lain hanya menyedari ditipu selepas tarikh asal mereka berlepas ke Tanah Suci Mekah ditunda beberapa kali walaupun sudah memperoleh visa dengan alasan masih tidak mendapat tiket penerbangan dan tempat penginapan.

Lebih mencurigakan, katanya, individu berusia 56 yang berasal dari Shah Alam, Selangor itu gagal menjawab dengan baik apabila ditanya mengenai tiket penerbangan dan tempat tinggal sepanjang mengerjakan umrah.

“Saya mula mengenali individu yang dikenali dengan panggilan ustazah ketika hadir kursus umrah di sebuah masjid di sini. Oleh kerana harga berpatutan yang ditawarkan, saya mengajak saudara dan rakan bersama-sama mengambil pakej tersebut.

“Namun, hasrat kami untuk me颅ngerjakan ibadat dengan duit yang dikumpul hasil mengusahakan sawah dan sumbangan anak-anak tidak ke颅sam颅paian dan mengharapkan masih berpeluang untuk menunaikan ibadat tersebut pada masa akan datang.

“Sehubungan itu, saya berharap wanita berkenaan dapat memulangkan kembali wang yang dibayar,” katanya selepas membuat laporan di Ibu pejabat Polis Kota Setar, di sini hari ini.

Menurutnya, memandangkan belum pernah mengerjakan umrah sebelum ini, Siti Fatimah berasa sangat kecewa setelah ditipu oleh wanita berkenaan.

“Saya sangat teruja dan gembira setelah membayar duit sebanyak RM7,200 iaitu harga pakej berkenaan namun semuanya berkecai apabila mengetahui dia dan beberapa orang rakan turut ditipu,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake), Yusrizal Yusof berkata, kebanyakan mangsa terdiri daripada pesara kerajaan, peniaga dan petani yang tinggal di sekitar Alor Setar dan Guar Cempedak.

“Mangsa yang terlibat berusia 14-65 dan kebanyakan mereka merupakan kali pertama ingin mengerjakan umrah.

“Mereka membuat laporan kepada Cake setelah menyedari ditipu oleh individu terbabit selepas beberapa kali jadual penerbangan ditunda,” katanya.

Menurut Yusrizal, pihaknya menghubungi individu terbabit yang didakwa menipu dan dia berjanji akan menyerahkan semula bayaran yang diserahkan oleh mangsa sebelum ini.

“Bagaimanapun, saya meminta mangsa membuat laporan polis untuk tindakan undang-undang selepas ini,” ujarnya. – UTUSAN

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *