TELOK PANGLIMA GARANG – Alhamdulillah program agihan makanan terakhir Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat bagi tahun 2021 berjalan lancar pada 31 Disember.
Program setiap Jumaat ini kali ini menyantuni 25 penduduk di Taman Pahlawan,Taman Desawira, Kampung Sijangkang dan Kebun Bharu di sini.
Agihan yang diketuai oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Hasmawi Mahidin memfokuskan untuk menyantuni anak-anak yatim dan keluarga miskin di sini.
InsyaAllah pada tahun 2022 pelbagai lagi program seperti ini telah dirancang untuk dilaksanakan oleh SAY Kuala Langat.
KOMEN