SIJANGKANG- Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (SAY) Kuala Langat terus komited meneruskan usahanya menyantuni masyarakat yang memerlukan di kawasan ini.
Sepanjang minggu ini, (12 – 18 Julai) SAY Kuala Langat setakat ini telah menyantuni 24 keluarga di mukim ini.
Pada 13 dan 14 Julai, dua keluarga di Kampung Kebun Bharu yang terputus bekalan makanan disantuni SAY Kuala Langat menerusi wakilnya, Rasid Yusof.
Manakala pada 16 Julai, lapan keluarga di kampung sama dan 14 keluarga di kampung Sijangkang menerima sumbangan makanan siap dimasak oleh SAY Kuala Langat yang disampaikan oleh Pengerusinya, Hasmawi Mahidin dan Setiausaha Kerja, Hanizah Sumiri.
Para penerima sumbangan terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan golongan B40.
KOMEN