Home » Langit Terbuka » 234 rakyat Malaysia terkandas di Arab Saudi selamat tiba

234 rakyat Malaysia terkandas di Arab Saudi selamat tiba

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR – Seramai 234 rakyat Malaysia yang dilaporkan terkandas di Arab Saudi selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.51 tengah hari semalam (3 Julai).

Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar, berkata semua mereka berangkat pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh jam 11.47 malam waktu tempatan di Riyadh pada 2 Julai, menggunakan penerbangan repatriasi Saudia Airlines.

“Urusan kepulangan kumpulan warga Malaysia berkenaan dipermudahkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh, dengan kos pembiayaan ditanggung secara persendirian oleh penumpang,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Kamarudin berkata, selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan, mereka diwajibkan menjalani proses saringan kesihatan setibanya di KLIA serta perlu menjalani proses kuarantin 14 hari di kediaman masing-masing.

Pada masa sama, katanya, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah akan meneruskan pemantauan situasi semasa serta bekerjasama dengan pihak berkuasa Arab Saudi dalam memberi bantuan sewajarnya kepada rakyat Malaysia di Arab Saudi. – Bernama

Artikel Berkaitan

Ummu Atiyyah sokong keputusan MKI

Kuala Lumpur: Anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Ummu Atiyyah menyokong keputusan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *