Home » Langit Terbuka » 21 juta gadis ‘tidak diingini’

21 juta gadis ‘tidak diingini’

Ibu bapa di India cukup terkenal dengan sejarah yang terlalu menginginkan anak lelaki.  Foto : BBC

NEW DELHI 29 Jan. – Seramai 21 juta anak perempuan yang ‘tidak diingini’ wujud di India akibat hasrat ibu bapa yang terus mencuba untuk mendapatkan anak lelaki.

Ibu bapa di India cukup terkenal dengan sejarah yang terlalu menginginkan anak lelaki sebagai pencari nafkah dan pewaris keluarga.

Anak perempuan sering dilihat sebagai beban kewangan, terutamanya di negara ini yang mengamalkan tradisi pemberian mahar perkahwinan oleh perempuan.

Keadaan itu juga menyebabkan pengguguran haram semakin meningkat dan nisbah perempuan kepada lelaki adalah 940 kepada 1,000 lelaki dalam bancian terakhir.

Dalam laporan tinjauan ekonomi tahunan, kerajaan berkata ramai pasangan terus mencuba untuk mendapatkan anak lelaki.

“Keluarga yang mempunyai anak lelaki lebih cenderung untuk berhenti melahirkan berbanding keluarga yang melahirkan anak perempuan.

“Akibatnya, pasangan terutamanya wanita di India berdepan tekanan hebat untuk melahirkan anak lelaki dan sejumlah besar keluarga di luar bandar tidak menghantar anak gadis mereka ke sekolah, sebaliknya mengahwinkan mereka pada usia muda,” kata laporan itu.

Satu kajian dalam jurnal perubatan British, The Lancet pada 2011 mendapati, sehingga 12 juta anak perempuan digugurkan sepanjang tiga dekad terakhir di India. – AFP

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *