25 tokoh agama dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Harmoni

PUTRAJAYA – Seramai 25 tokoh agama dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (Harmoni). Mereka terdiri daripada 10 wakil Islam, Buddha (empat), Kristian (empat), Hindu (dua), Tao (dua) dan masing-masing satu wakil bagi Sikh, Bahai serta Unit Lain-lain Agama (UNIFOR), Sarawak. Antara yang dilantik ialah Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Muhammad Nur […]

Kreativiti berfesyen bukan kebebasan mutlak – Mufti

SHAH ALAM – Kreativiti tidak boleh dianggap sebagai kebebasan mutlak yang membolehkan seseorang berpakaian atau berfesyen tanpa batasan. Menerusi catatan bayan linnas Mufti Wilayah Persekutuan, Islam menegaskan setiap aspek kehidupan termasuk berpakaian perlu mengambil kira hukum syarak serta adat setempat yang selari dengan nilai agama serta budaya. “Islam telah menetapkan lelaki hendaklah menjadi lelaki dari […]

Sheikh Ekrima Puji Perpaduan rakyat Malaysia dalam Isu Palestin, Masjid Al-Aqsa

KUALA LUMPUR: Imam Besar Masjid Al-Aqsa Sheikh Dr Ekrima Said Sabri memuji perpaduan rakyat Malaysia dan pendirian teguh mereka dalam menyokong perjuangan isu Palestin dan Masjid Al-Aqsa. Dr Ekrima yang kini dalam rangka lawatan ke Malaysia berkata ini dapat dilihat melalui solidariti padu yang diketengahkan melalui boikot termasuk dari segi ekonomi, yang menjadi bukti keikhlasan pendirian […]

JAIS diminta banteras ajaran sesat secara konsisten – Sultan Selangor

SHAH ALAM- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diminta untuk terus membanteras ajaran sesat yang menyeleweng daripada pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, ini untuk memastikan umat Islam di negeri tersebut terus berpegang kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menjadi ikutan akidah di negara ini sejak dahulu lagi. “(JAIS mesti) […]