Jati Diri dan Kesukarelawan Remaja 2025

PROGRAM YADIM Kader Dakwah: Jati Diri dan Kesukarelawan Remaja 2025 telah berlangsung di Kem Rakan Muda Kampar, pada 8 hingga 11 Februari. Ia telah dihadiri oleh 150 peserta yang terdiri daripada remaja seluruh negeri Perak. Program ini bertujuan memperkasa dan memperkukuhkan jati diri dan semangat kesukarelawanan di kalangan remaja. Kem tiga hari dua malam ini […]

Kunjungan Sekretariat ADMY ke Pejabat PKPIM

PEJABAT Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menjadi lokasi terbaharu dikunjungi sekretariat Akademi Daie Muda YADIM (ADMY). Kunjungan bertujuan mengadakan perbincangan berkaitan penempatan pelatih ADMY 2025 itu berlangsung pada 13 Februari di pejabat rakan badan bukan kerajaan itu di Gombak, Selangor. Ia telah dipengerusikan oleh Presiden PKPIM sendiri, Encik Muhammad Dzul Aiman Zulkifly. Turut hadir […]

Adab Perbezaan Pendapat Asas Utama Malaysia Madani

YADIM Negeri Johor telah dijemput menyampaikan ceramah bertajuk ‘Adab Perbezaan Pendapat Asas Utama Malaysia Madani’ di Program Perjumpaan Warga Perpaduan Daerah Batu Pahat . Program anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Johor itu berlangsung pada 13 Februari di Dewan Pelajaran, Lembaga Pertubuhan Peladang Kawasan Parit Sulong, Batu Pahat dan dihadiri seramai 85 peserta. […]

YADIM Interaktif Kenegaraan Madani

SESUAI Dengan hasrat melahirkan pemimpin daripada warga pendidik, YADIM Negeri Pulau Pinang bersama Sekolah Rendah Islam Al Ikram (SRIAI), Tasek Gelugor telah mengadakan program YADIM Interaktif Kenegaraan Madani. Berlangsung pada 12 Februari, ia diadakan di Bilik Mesyuarat SRIAl. Program ini memberi penekanan kepada warga pendidik akan Dasar Malaysia Madani serta menerapkan adab-adab dalam berbeza pendapat. […]

Ceramah Peranan Guru Membangun Malaysia Madani

LENSA Sekitar Program Latihan Dalam Perkhidmatan kepada 100 orang guru dan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Bemban, Pasir Mas pada 12 Februari. Program ini bertujuan untuk membantu warga sekolah memahami konsep Malaysia Madani dengan lebih jelas. Ceramah bertajuk Peranan Guru Membangun Malaysia Madani telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Dr. Johari Abdullah […]

Kunjung hormat daripada Pos Malaysia Berhad

BAHAGIAN Pentadbiran YADIM telah menerima kunjung hormat daripada Pos Malaysia Berhad yang diwakili oleh Pengurus Pembangunan Perniagaannya, Encik Nik Mohd Izzat Nik Mohd Shukri, di ibu pejabat badan dakwah ini di Putrajaya pada 12 Februari. Kunjungan hormat Pos Malaysia Berhad buat pertama kalinya ini bertujuan menyampaikan cadangan kerjasama antara Pos Malaysia Berhad dan YADIM. Sesi […]

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pimpinan RSY UM

SEKITAR Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Malaysia (UM) pada 12 Febuari. Majlis ini adalah bagi meraikan pimpinan RSY UM sesi 2025/2026 yang baharu dilantik bertempat di Dewan Gemilang Kursiah, Kolej Kediaman Ketiga UM bagi memberi ruang mereka menerajui RSY di unversiti berkenaan. Ia telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kepimpinan Muda […]

Kunjung hormat ke Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)

PEJABAT YADIM Negeri Sembilan dan Melaka telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada 11 Februari. Pertemuan selama lebih satu jam itu bagi membincangkan serta menjalinkan kerjasama secara intensif dalam pelaksanaan program-program Madani, khususnya yang berkaitan dengan perpaduan kaum. Pada masa yang sama ia juga bertujuan untuk memperkukuh sinergi antara kedua-dua pihak […]

YADIM Negeri Sarawak bantu banjir di Bintulu

BANJIR Yang melanda Bintulu baru-baru ini mendapat perhatian YADIM Negeri Sarawak yang segera menggerakkan ejen dakwahnya ke lokasi bencana. Bersama-sama Sukarelawan YADIM dan Pertubuhan Kebajikan Musa’ad Deen Kuching dengan kekuatan seramai 13 orang, mereka menempuh perjalanan selama 10 jam untuk sampai ke kawasan berkenaan pada 9 Februari. Diketuai oleh pegawai YADIM Sarawak Encik Zamri Bali, […]

Program gunting rambut percuma SAY Kuala Langat

CAKNA Dengan sesi persekolahan yang bakal dibuka semula tidak lama lagi, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat mengambil inisiatif menganjurkan program gunting rambut percuma pada 11 Februari. Menyasarkan keluarga yang kurang berkemampuan, ia diadakan di Kedai Gunting Rambut Ceria di Jalan Bunga Raya, Kampung Sijangkang. Seramai 25 kanak-kanak yang menyertai program ini turut menerima cenderahati daripada […]