Malaysia tegaskan komitmen terhadap keadilan, keamanan mampan buat Palestin

KUALA LUMPUR: Malaysia terus menegaskan peranannya sebagai suara berprinsip di peringkat antarabangsa dan komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap keadilan buat Palestin, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan. Beliau berkata pendirian Malaysia dibentuk menerusi sokongan konsisten Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di platform seperti ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu […]
Adakah benar tidak mengundi dalam pilihanraya adalah dosa besar, serta perlu diutamakan mengundi daripada ibadat Haji dan Umrah?

1. Sistem politik demokrasi adalah sistem politik yang asalnya timbul dari peradaban Greco- Roman, ianya sama sekali tidak bersumber daripada ajaran Islam atau dari peradaban Islam. 2. Bahkan kemudiannya, sistem membuang undi menggunakan ballot box , mengikut sebahagian penulis asalnya dari amalan pemilihan ketua paderi dalam Gereja Catholic ( Bishop of Rome). 3. Kita berpegang […]
Pak Lah: Legasi Anak Ulama & Pemimpin Islam Hadhari

Pada pagi yang hening 14 April 2025, Malaysia kehilangan seorang tokoh besar—Tun Abdullah Ahmad Badawi, atau lebih mesra disapa “Pak Lah”. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pada usia 85 tahun. Pemergian beliau bukan sahaja diratapi oleh rakyat Malaysia, malah turut mendapat penghormatan dari pemimpin serantau dan antarabangsa. Tun Abdullah Ahmad […]
Tanggapan salah terhadap dialog

Apabila disebut dialog antara agama, sebahagian besar masyarakat Malaysia khususnya orang Islam memandang negatif dan menolak keberadaan mekanisme dialog antara agama di Malaysia. Terdapat pelbagai tanggapan dan persepsi mereka terhadap mekanisme dialog antara agama yang dibawa dan dipraktikkan oleh beberapa organisasi di Malaysia. Sehingga ada yang menganggap penggerak-penggerak kepada mekanisme dialog antara agama ini mempunyai […]
Perginya negarawan yang mengangkat martabat petani dan rakyat

Seorang negarawan ialah seorang pemimpin yang meninggalkan jasa besar kepada negara. Semasa hayatnya sebagai pemimpin, seorang negarawan tidak membentuk lingkaran penentu ekonomi yang berpihak kepada orang-orang tertentu, yang kita kenali sebagai crony-capitalism. Seorang negarawan memutuskan dasar atau haluan pentadbiran dan melaksanakan apa yang difikirkan itu adalah dengan tujuan membawa rakyat kebanyakan atau kelompok yang tertinggal […]
Kesilapan papar gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit tak boleh diterima – Agong

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menegaskan kesilapan memaparkan gambar Jalur Gemilang tanpa bulan sabit yang disiarkan dalam muka depan sebuah akhbar berbahasa Cina tempatan, semalam, tidak boleh diterima. Titah Sultan Ibrahim, bendera negara adalah lambang kedaulatan dan identiti sesebuah negara yang tidak boleh dipersendakan. Baginda bertitah, bendera bukan sekadar kain bercorak yang berwarna-warni, […]
Pencerobohan tanah termasuk kategori ‘al-ghasab’, diharamkan syarak – Mufti Pahang

KUANTAN: Titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya rakyat menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa susulan kes pencerobohan tanah di negeri ini, dianggap amanah besar demi menjaga kelestarian negeri serta kedaulatan undang-undang dan syarak. Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata pencerobohan tanah sama ada melalui perlombongan haram, penerokaan […]
TH perkemas perkhidmatan, sedia urus jemaah Haji Malaysia musim ini

KUALA LUMPUR: Segala persiapan dari segi logistik bagi perjalanan ibadah 31,600 jemaah haji Malaysia tahun ini telah diselesaikan sejak Ramadan lepas bagi memastikan operasi musim haji 1446H/2025M berjalan dengan baik dan lancar, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Hisham Harun. Beliau berkata ia termasuk dari segi penerbangan, penginapan dan pengurusan perkhidmatan lain. “Persiapan ketika ini sudah […]
Giatkan dailog elakkan perbalahan

Isu-isu agama kadang-kadang menjadi sensitif dan menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah kaum yg beragama didalam negara kita. Dengan itu muncul tahun 2025 ini justeru harus dijadikan landasan untuk kita terus berdailog dengan sesiapa sahaja demi kepentingan umat sejagat. Dialog ini menjadi agenda yang semakin penting dalam situasi negara kita yang terancam dengan perbalahan kaum dan agama […]
Pak Lah mengajar erti kemanusiaan dalam kepimpinan

KUALA LUMPUR — Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah insan yang mengajar erti kemanusiaan dalam kepemimpinan, memimpin negara dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi. Perdana Menteri Datuk Seri Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika beliau sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, Perdana […]