Anwar mahu dialog sihat dan membina bincang RUU Mufti (Wilayah Persekutuan)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu satu dialog yang sihat dan membina diadakan bagi membincangkan Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024. Walaupun kritikan terhadap RUU itu sah mencakupi beberapa aspek, Perdana Menteri mengakui wujud bantahan yang datang daripada mereka yang memiliki pandangan berbaur Islamofobia. Beliau berkata ini kerana ada pihak tidak dapat membezakan […]

Mimpi bukan dalil syarak dan tidak boleh dijadikan hujah hukum – Nooh Gadut

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), Datuk Dr Nooh Gadut menjelaskan mimpi bukan dalil syarak dan tidak boleh dijadikan hujah untuk menetapkan sesuatu hukum syarak sama ada halal, wajib atau haram. Katanya, mimpi orang Islam ada tiga peringkat, yang pertama bisikan jiwa, kedua godaan syaitan dan ketiga mimpi […]

Malaysia syor Israel disingkir dari PBB

  KUALA LUMPUR: Malaysia menyediakan satu draf resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang antara lain mencadangkan Israel disingkir sebagai anggota pertubuhan itu jika berlaku pelanggaran undang-undang, hukum dan keputusan dalam isu membabitkan Palestin. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, ketika sesi penerangan di Dewan Rakyat berkata draf resolusi itu sedang dalam proses rundingan dan dijangka dibentangkan […]

PM Anwar ke sidang kemuncak tergempar di Riyadh, hentikan kekejaman Israel di Palestin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima jemputan daripada Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud bagi menyertai Sidang Kemuncak Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam pada 11 Nov ini, untuk membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin. Anwar berkata kehadiran beliau ke sidang kemuncak tergempar di Riyadh itu bagi membawa mandat Dewan Rakyat, iaitu untuk mengambil tindakan bagi menghentikan kekejaman […]

JAKIM rancang perkenal SOP mudahkan urusan ibadah golongan OKU di masjid

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini dalam usaha untuk memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu untuk memudahkan urusan ibadah golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di masjid. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, usaha itu bertujuan untuk menjadikan masjid lebih inklusif, bukan sahaja untuk OKU fizikal […]

Program Jelajah Ulama dan Umara peluang kongsi dasar Islam terkini

KUALA LUMPUR – Program Jelajah Ulama dan Umara Zon Tengah 2024 memberi peluang kepada pimpinan agama peringkat tertinggi untuk bertemu para murabbi dan berkongsi perkembangan terkini dasar agama Islam. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar, selain itu, ia juga bagi mengeratkan ukhuwah serta mewujudkan ruang perbincangan serta […]

ISU Mimpi bertemu Rasulullah: Pengerusi jawatankuasa muzakarah akan beri pencerahan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) Datuk Dr Nooh Gadut telah diminta untuk memberikan penjelasan dan pencerahan kepada masyarakat berkaitan isu mimpi bertemu Nabi Muhammad SAW. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata dalam masa sama pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) […]

Malaysia kecam serangan Israel ke atas Iran, gesa permusuhan dihentikan serta-merta

PUTRAJAYA: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan oleh rejim Zionis Israel ke atas negara berdaulat Iran, terutamanya di Tehran, Karaj, Kashan, Mashhad dan Shiraz pada awal pagi Sabtu. Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan serangan itu merupakan pelanggaran jelas ke atas undang-undang antarabangsa dan menjejaskan kestabilan serantau secara serius. Skala, jumlah korban dan tahap kerosakan […]

RUU Mufti bukan sesuatu yang baru dan radikal

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 bukanlah akta atau undang-undang baharu dan radikal. Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata kebanyakkan peruntukannya telah menjadi amalan sekian lama tanpa menimbulkan apa-apa bantahan. “Ia dikumpul dan diletakkan dalam satu akta bersama-sama dengan amalan sekian lama untuk diperundangkan supaya lebih jelas dan mudah […]

Ketahui adab perbezaan pandangan dalam menggunakan media sosial – Mohd Na’im

IPOH: Media sosial perlu diperluaskan penggunaannya ke arah membina masyarakat bertamadun dan bersatu padu, dengan pengguna harus tahu adab perbezaan pandangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Beliau berkata adab berselisih pendapat terutamanya di dalam talian perlu, bagi mengelakkan perpecahan, di samping tidak menyalahgunakan media sosial untuk kepentingan […]