Anwar undang bekas Mufti Mesir, teruskan kesinambungan pengajian Turath Islami
![](https://www.yadim.com.my/v2/wp-content/uploads/2024/11/bksmufti_1731410653.jpg)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang tokoh ulama yang juga bekas Mufti Mesir Syeikh Prof Ali Jum’ah ke Malaysia, bagi meneruskan kesinambungan pengajaran turath Islami yang sedang giat digerakkan oleh kerajaan. Beliau berkata, undangan itu juga seiring dengan penganjuran Majlis Sama’ Hadis Shahih Bukhari yang kini sedang berlangsung di Putrajaya. Perkara itu […]
Al-Azhar Al-Sharif setuju tawar biasiswa kepada pelajar cemerlang Malaysia – PM Anwar
![](https://www.yadim.com.my/v2/wp-content/uploads/2024/11/L1700746-1-1024x683.webp)
KAHERAH: Universiti Al-Azhar Al-Sharif bersetuju menawarkan biasiswa kepada pelajar Malaysia cemerlang untuk menuntut di universiti itu dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata ia adalah sebahagian daripada usaha memperluaskan akses pendidikan kepada pelajar dari Malaysia untuk menuntut di universiti tersohor itu. “Saya juga menekankan perlunya Malaysia dan Al-Azhar Al-Sharif memperkukuh kerjasama […]
Pengiktirafan besar Universiti Al-Azhar kepada ketokohan Anwar
![](https://www.yadim.com.my/v2/wp-content/uploads/2024/11/465571465_1140733224074910_7362319572442181534_n-1024x683.jpg)
PUTRAJAYA- Platform Syarahan Umum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir diyakini dapat memperkukuhkan hubungan strategik Malaysia bersama universiti terkemuka itu yang terkenal sebagai sebuah institusi ilmu Islam ulung dunia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pada masa sama, ia adalah pengiktirafan besar Universiti Al-Azhar […]
Khutbah Jumaat sepatutnya menasihatkan bukan memecah belah ummah – Dr Mohd Na’im
![](https://www.yadim.com.my/v2/wp-content/uploads/2024/11/MOHD_NAIM_MOKHTAR_1731222620.jpg)
KUALA LUMPUR: : Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh khatib seharusnya digunakan untuk menasihatkan jemaah yang hadir untuk merapatkan ummah dan bukannya menjadi pemecah belah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, khatib seharusnya tidak menggunakan mimbar khutbah bagi memfitnah sesuatu perkara yang tidak betul. “Apa tujuan khutbah itu? […]
Kehadiran ulama ke Majlis Sama’ Hadis Sahih Al-Bukhari cermin komitmen Malaysia pelihara warisan ilmu
![](https://www.yadim.com.my/v2/wp-content/uploads/2024/11/61731255513_TBNAIM-1.jpg)
PUTRAJAYA: Kehadiran ulama dan ilmuan tersohor termasuk dari luar negara untuk menyampaikan syarahan serta memperkukuh kefahaman umat Islam terhadap hadis sahih al-Bukhari mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memelihara warisan ilmu Islam serta mempertahankan nilai kesatuan dalam kalangan umat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata penganjuran Majlis Sama’ Hadis […]
Jakim salur RM119 juta untuk selenggara, naik taraf institusi pendidikan Islam
![](https://www.yadim.com.my/v2/wp-content/uploads/2024/11/moktar_1731251505-1024x675.webp)
Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah menyalurkan RM119 juta bagi peruntukan khas Selenggara dan Naik Taraf (SNT) kepada 1,553 Institusi Pendidikan Islam (IPI) berdaftar di seluruh negara setakat bulan ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata peruntukan khas berjumlah RM120 juta dengan siling RM150 juta […]
‘Tak boleh tahan godaan dunia… duit zakat macam bom atom’ – Mohd Na’im
![](https://www.yadim.com.my/v2/wp-content/uploads/2024/11/bomatom9nov_1731135668.webp)
SERDANG: Kerajaan akan meneliti kelompongan dalam pengagihan zakat bagi memastikan tidak berlaku ketirisan dalam soal pemberian kepada golongan memerlukan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pihaknya tidak menafikan terdapat individu yang tidak amanah dalam soal pemberian zakat seperti berlaku di Terengganu baru-baru ini. “Apa yang berlaku di Terengganu, saya […]
Sultan Nazrin tegur pihak persenda institusi raja serta sensasikan isu agama dan kaum
![](https://www.yadim.com.my/v2/wp-content/uploads/2024/11/nazrin222_1731124686-1024x682.webp)
Kuala Kangsar: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan teguran kepada kalangan mereka yang tanpa segan silu mempersendakan institusi raja, selain gemar mensensasikan isu agama dan kaum. Baginda bertitah, raja pemerintah berperanan menghubungkan tradisi dengan modenisasi, menghidupkan kekayaan sejarah dan keagungan tamadun bangsa yang dibina melalui amalan budaya yang penuh adab lagi beradat, kehalusan budi […]
Pembebasan kanak-kanak GISBH tidak boleh dibuat semberono – Zulkifli
![](https://www.yadim.com.my/v2/wp-content/uploads/2024/11/2876671.jpg)
KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak boleh bertindak semberono untuk membebaskan kanak-kanak dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang diselamatkan dalam Op Global. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, ini kerana kes berkenaan melibatkan pelbagai agensi bertanggungjawab yang masing-masing mempunyai garis panduan ditetapkan. “Berdasarkan data dan laporan, sebenarnya […]
Kerajaan tingkat usaha tambah baik proses pengeluaran sijil halal – Zulkifli
![](https://www.yadim.com.my/v2/wp-content/uploads/2024/11/FW1428592_KL17_23102024_PARLIMEN-lpr-5-1024x682.webp)
KUALA LUMPUR: Kerajaan komited untuk memperbaiki proses pengeluaran sijil halal secara berterusan, yang kini dapat dipendekkan kepada 30 hari berbanding beberapa bulan sebelumnya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mempercepatkan proses ini, termasuk meningkatkan bilangan juruaudit halal serta […]