Tahsin Ibadah, Pengurusan Jenazah Wanita Masjid Sharifah Fatimah

KELAS Dan bengkel mendalami pengurusan jenazah membabitkan golongan wanita perlu diperkasakan dan lebih kerap diadakan supaya semua sentiasa cakna, selain mempunyai pelapis yang sentiasa bersedia menguruskan jenazah wanita. Menyedari pentingnya mendalami ilmu ini, YADIM Kedah dan Perlis pada 1 Mac telah menganjurkan program Tahsin Ibadah, Pengurusan Jenazah Wanita. Dengan kerjasama Masjid Sharifah Fatimah, Jitra, program […]

YADIM Interaktif : Bina Insan Madani oleh YADIM Johor

KOMUNITI Penjara dan mereka yang menjalani pemulihan sentiasa didekati YADIM. Inisiatif terbaharu bersama mereka dilakasanakan YADIM Johor pada 8 dan 22 Februari lalu menerusi penganjuran program YADIM Interaktif : Bina Insan Madani. Program berlangsung di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Muar, Kota Tinggi, Penjara Simpang Renggam dan Penjara Kluang. Zamalah YADIM memberi pengisian berkaitan peristiwa […]

Siri keempat Sepakat Madani

KOTA BHARU – Siri Keempat Sepakat Madani Bersama Komuniti telah berlangsung di Dewan Bestari Pejabat Penerangan Daerah Kota Bharu pada 29 Februari. Program bermula dengan Bicara Minda bertajuk ‘Malaysia Madani Memupuk Masyarakat Sejahtera’  yang disampaikan oleh Duat Al Falah, Dr. Mohd Sharani Mohd Naim. Selesai Bicara Minda, program diteruskan dengan penyampaian bakul makanan sumbangan Yayasan […]

UNFPA, UIS, Yayasan Kuis kerjasama selamat mangsa keganasan

Kuala Lumpur: United Nations Population Fund Malaysia (UNFPA) bekerjasama dengan Universiti Islam Selangor (UIS) dan Yayasan KUIS menyelamatkan mangsa keganasan rumah tangga dengan membiayai pendidikan anak-anak mangsa. Kerjasama itu juga turut memberi fokus kepada inisiatif lain sebagai usaha pemerdayaan keluarga. Wakil Negara UNFPA Malaysia Dr Asa Torkelsson berkata, menangani keganasan berasaskan jantina memerlukan pendekatan pelbagai […]

Negeri Sembilan teliti semula peruntukan Enakmen Jenayah Syariah

Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan sedang mengkaji peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri untuk penambahbaikan. Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penelitian semula itu juga susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019, pada 9 Februari lalu. “Penasihat undang-undang negeri sedang meneliti perkara ini… kita akan […]

Akta, enakmen, ordinan jenayah syariah di negeri lain masih sah selagi tidak dicabar

KUALA LUMPUR: Peruntukan dalam akta, enakmen, ordinan jenayah syariah di negeri-negeri lain masih sah dan berperlembagaan serta boleh dikuatkuasakan, walaupun Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, terbatal dan tidak sah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata ia selagi mana keperlembagaan peruntukan-peruntukan tersebut tidak dicabar dan tidak disytiharkan sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan. Beliau […]

Penjawat awam jangan lalai, malas hingga pembangunan tergendala – Sultan Selangor

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan penjawat awam di negeri itu supaya tidak lalai dan malas sehingga menyebabkan projek-projek pembangunan di Selangor tergendala atau berdepan masalah. Baginda turut menasihati mereka agar melakukan anjakan paradigma dalam setiap tugasan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. “Beta mahu kerenah birokrasi dan peraturan yang menyusahkan dalam urusan-urusan kerajaan […]

‘Jangan mainkan isu sensitif babitkan raja, kaum dan agama demi keharmonian negara’ – Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menitahkan isu sensitif mengenai raja, kaum dan agama tidak disentuh demi menjaga keharmonian negara ini. Baginda juga memberi amaran supaya tidak mempolitikkan perkara yang sudah pun digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, baginda memberi jaminan bahawa hak agama dan kaum lain turut terpelihara namun ada batas yang harus mereka […]

Agensi agama junjung titah Sultan Ibrahim sebar luas syiar Islam

PUTRAJAYA – Semua agensi di bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan meneruskan usaha menyebarluas syiar Islam di negara ini sebagai menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, titah Yang di-Pertuan Agong supaya semua pihak tidak menyentuh isu 3R […]

Kerajaan laksana lebih banyak program perkukuh kesatuan, perpaduan

PUTRAJAYA: Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) komited untuk memperbanyak lagi program yang akan membawa masyarakat ke arah kesatuan dan perpaduan di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Mohd Na’im berkata beliau menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini yang antaranya menyeru semua lapisan […]