‘Isu kalimah Allah bukan perkara remeh, saya pandang serius’ – Pemangku Sultan Johor

JOHOR BAHRU: Kalimah Allah adalah kalimah suci yang sangat tinggi di hati umat Islam, kata Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Baginda bertitah, isu yang berbangkit baru-baru ini berkaitan kalimah Allah yang dicetak pada stoking bukan perkara remeh dan baginda mahu pihak berkuasa memastikan ia tidak berulang. “Berkenaan isu baru-baru ini, saya menggesa pihak […]

PM iftar bersama agamawan, pemimpin NGO, agensi kerajaan

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meraikan para agamawan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan wakil agensi kerajaan berkaitan hal ehwal Islam pada Majlis Berbuka Puasa MADANI di kediaman rasmi beliau Kompleks Seri Perdana di sini. Hadir sama isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal […]

Tempoh menunggu giliran haji dijangka lebih singkat menjelang 2030

KUALA LUMPUR: Tempoh menunggu giliran menunaikan ibadah haji dijangka dapat disingkatkan selari usaha kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang 2030. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, usaha itu dilakukan kerajaan Arab Saudi di bawah perancangan ekonomi Visi 2030. “Apa pun usaha untuk […]

Sarung kaki tertera kalimah Allah: Agong murka, titah tindakan keras

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim murka dan menitahkan supaya tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap pihak yang didapati bersalah oleh pihak berkuasa dalam isu penjualan sarung kaki tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka, baru-baru ini. Sultan Ibrahim menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini bertitah kalimah Allah […]

Stoking kalimah Allah: JAKIM panggil pengasas KK Mart, beri amaran keras

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberi amaran keras kepada Pengasas KK Super Mart Datuk Seri Dr KK Chai agar isu penjualan stoking tertulis kalimah Allah, tidak berulang lagi. Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, pihaknya telah memanggil KK Chai semalam (18 Mac) serta mendengar penjelasan syarikatnya berhubung kejadian dan langkah-langkah untuk […]

Majlis Ilmu Madani digerakkan di Kementerian, Jabatan Kerajaan – Mohd Na’im

PUTRAJAYA: Majlis ilmu MADANI akan terus digerakkan di semua kementerian dan jabatan kerajaan bagi menyemarakkan budaya ilmu dalam masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Beliau berkata majlis yang akan diselaraskan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) itu penting kerana merupakan satu daripada agenda kerajaan untuk membina negara yang […]

Pemikiran khawarij, takfiri membimbangkan – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR – Gelombang pemikiran khawarij dan takfiri di negara ini kini berada pada tahap membimbangkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Sehubungan dengan itu, beliau berkata, kerajaan mengambil pendekatan untuk memastikan segala usaha dan program-program yang diadakan dapat membendung gelombang pemikiran itu. “Bagi menangani pemikiran khawarij […]

Semak kod dahulu, elak terbeli kurma Israel – Mohd. Naim

KUALA LUMPUR – Orang ramai khususnya masyarakat Islam digesa untuk mengenal pasti terlebih dahulu kod yang terdapat pada bungkusan bagi mengelakkan terbeli kurma dari Israel. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Naim Mokhtar berkata, ia sekali gus mendidik masyarakat menjadi pengguna bijak. “Banyak lagi produk kurma daripada pengeluar lain. Kena cakna […]

Majlis Ilmu MADANI lahirkan masyarakat cintai ilmu, fahami konsep adab dan akhlak

PUTRAJAYA: Tradisi penganjuran majlis ilmu MADANI di kediaman rasmi Perdana Menteri iaitu Kompleks Seri Perdana di sini, ialah jambatan untuk melahirkan masyarakat mencintai ilmu dan memahami konsep adab serta akhlak. Majlis ilmu MADANI di Seri Perdana diilhamkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada 24 Nov 2022, dan majlis seumpama itu kini turut diadakan di […]

JAKIM tidak pernah iktiraf mana-mana pakej perkhidmatan ‘kahwin di Thailand’ – Mohd Na’im

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak pernah memberi sebarang pengiktirafan kepada mana-mana pihak untuk menawarkan pakej perkhidmatan perkahwinan di Thailand, seperti yang diiklankan di media sosial. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar sebaliknya berkata dakwaan yang mengaitkan JAKIM itu palsu, kerana ia jelas bertentangan dengan peranan JAKIM dalam memastikan […]