Majlis Iftar Jamaie YADIM Kedah & Perlis

YADIM Kedah dan Perlis buat julung kalinya telah mengadakan di Sungai Petani, Kedah pada 25 Mac. Program ini ialah gerak kerja kedua YADIM Kedah pada hari yang sama selepas Sumbangan Ramadan di Masjid Sultan Abdul Halim, Sungai Petani sebelumnya. Majlis bermula dengan ucapan aluan daripada Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Mohammad Fadzil Alias […]

YADIM Perak menyantuni Majlis Belia Negeri (MPN) Perak

BELIA Harus berketrampilan untuk mengemudi kepimpinan dalam memacu dan mencorak masa depan negara. Kekuatan seluruhnya golongan belia terletak pada kecergasan berfikir, menaakul dan berkeupayaan menyusun keutamaan pada tempatnya. Usaha tersebut harus berterusan dan sentiasa diperbaiki setiap masa sebagai motivasi membangun semangat Malaysia Madani. Cakna dengan itu, YADIM Perak menyantuni Majlis Belia Negeri (MPN) Perak yang […]

Program Majlis Sumbangan Ramadan di Masjid Sultan Abdul Halim

YADIM Kedah dan Perlis tidak ketinggalan mengadakan pelbagai program untuk masyarakat pada Ramadan ini. Terbaharu, mereka telah menyantuni seramai 50 orang asnaf daripada Flat Paya Nahu, Sungai Petani dalam program Majlis Sumbangan Ramadan di Masjid Sultan Abdul Halim, Sungai Petani pada 25 Mac. Program ini mendapat kerjasama Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Sungai Petani yang bernaung […]

Program Ihya Ramadan bersama masyarakat Orang Asli sekitar Gua Musang

KOMUNITI Orang Asli di Kelantan tidak pernah dilupakan dalam usaha mengimarahkan Ramadan setiap tahun. Untuk itu, YADIM Kelantan dengan kerjasama rakan rakan agensi kerajaan pada 25 Mac telah mengadakan program Ihya Ramadan bersama masyarakat Orang Asli sekitar Gua Musang. Antara yang terlibat sama ialah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan […]

Majlis Sumbangan Bakul Madani kepada 50 orang warga emas & OKU

SIFAT Peduli adalah salah satu sifat yang ingin dilahirkan kepada orang beriman melalui madrasah Ramadan. Menghayati Ramadan dengan sebenarnya akan menyingkap hikmah yang besar di sebalik perintah zakat dan amalan bersedekah. Bagi merealisasikan salah satu daripada program signature badan dakwah ini, iaitu YADIM Peduli, maka pada 25 Mac YADIM Pahang dengan kerjasama erat rakan badan […]

Pidato dakwah di majlis Iftar Perdana anjuran Hidayah Centre Foundation Perak

DALAM Usaha membangun tajdid dakwah yang berperanan, YADIM Perak telah memanafaatkan ruang menyempurnakan pidato dakwah di majlis Iftar Perdana anjuran Hidayah Centre Foundation Perak pada 12 Ramadan 1445 bersamaan hari Sabtu, 23 Mac. Ringkasan pidatonya, Pengarah YADIM Perak, Ustaz Ramdani Abd Karim menukil kembali kisah sahabat Rasulullah di tahun pertama disyariatkan amalan berpuasa. Ujarnya, kekuatan […]

YADIM Perak: Program Ihya Ramadan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman

Dakwah YADIM terus subur dan dimurnikan di bumi Perak. Aktiviti dakwah dengan pencerahan misi dan visi Ramadan sebagai bulan kerahmatan terus disemarak dengan program turun ke lapangan. Di kesempatan itu pada 24 Mac 2024, YADIM Perak meluaskan peranan dakwahnya dengan mengisi slot program Ihya Ramadan di Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Program […]

Majlis Sumbangan Ramadhan dan Berbuka Puasa di Masjid Solahuddin Al-Ayyubi

YADIM Kedah dan Perlis telah menyantuni 50 orang asnaf dan saudara baharu dalam program Majlis Sumbangan Ramadhan dan Berbuka Puasa di Masjid Solahuddin Al-Ayyubi, Padang Besar, Perlis pada 24 Mac. Program yang bermula selepas solat Asar ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Masjid Solahuddin Al-Ayyubi, Tuan Haji Azemi Mat Saman sebelum disusuli oleh ucapan […]

Pertubuhan Islam main peranan pupuk perpaduan, pacu usaha mencerdaskan umat – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar pertubuhan Islam di Malaysia akan terus memainkan peranan penting dalam memacu usaha mencerdaskan umat dan memupuk perpaduan dalam konteks masyarakat majmuk. Beliau menyuarakan harapan itu ketika menerima kunjungan hormat daripada pimpinan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) yang diketuai presidennya Datuk Ahmad Azam Abdul Rahman semalam. […]

Ikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, hindari pemikiran Khawarij, Takrifi

Foto- Bernama

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak terjerumus dengan pemikiran khawarij baharu dan takfiri serta bersifat ghuluw, sebaliknya hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan dan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dari segi akidah, syariah dan akhlak. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof Madya Datuk Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata […]