Nahas helikopter TLDM: Semua pihak diajak doakan mangsa

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengajak seluruh rakyat Malaysia mendoakan mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak. Dalam hantaran di Facebook, Mohd Na’im turut menzahirkan ucapan takziah kepaada ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu. […]

Jawi sedia ambil tindakan tegas!

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sentiasa mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk membuat aduan berhubung kesalahan jenayah syariah yang dilakukan di Wilayah-Wilayah Persekutuan termasuk kesalahan melalui platform siber. Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, siasatan lanjut akan dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi. “Siasatan juga bergantung kepada aduan yang diterima dan jenis kesalahan yang […]

Eksport halal Malaysia disasar RM300 bilion pada 2030

PUTRAJAYA: Nilai eksport bagi industri halal negara dijangka akan meningkat kepada RM300 bilion atau sekitar 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030. Pengerusi Halal Development Corporation Bhd (HDC), Khairul Azwan Harun, berkata sasaran lonjakan yang besar itu adalah berdasarkan kepada pelbagai langkah pembangunan yang dilaksanakan Malaysia dalam industri halal. Beliau berkata, Malaysia […]

Boikot secara bijak, jangan rugikan masyarakat sendiri

Kota Bharu: Umat Islam diingatkan supaya memboikot secara bijak dan tidak mengikut emosi sehingga memberi kesan kepada masyarakat sendiri. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus berkata tindakan memboikot perlu dilakukan berdasarkan objektif yang jelas dan tepat pada sasarannya. “Jika nak boikot perlu tepat pada sasaran dan kita perlu ada kuasa […]

Pelajar pondok perlu dibekal kemahiran vokasional, teknikal

KOTA BHARU – Kemahiran kendiri dalam bidang vaksional dan teknikal perlu dibekalkan kepada pelajar di institusi pendidikan pondok. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Mohd. Naim Mokhtar, berkata, usaha itu untuk melahirkan lepasan pondok yang bukan sahaja alim, tetapi turut menjadi rujukan masyarakat berdasarkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh. Menurutnya, sehubungan itu, […]

Ramah Mesra Bersama Komuniti Madani di Madrasah Uthmaniah

DALAM Kesibukan program dan melestari gerakan dakwah di Pulau Pinang, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah memenuhi undangan jemputan Ramah Mesra Bersama Komuniti Madani di Madrasah Uthmaniah, Jalan Rajawali, Bayan Lepas pada 20 April. Dalam ucapannya ketika sesi ramah mesra, beliau menekankan kepentingan institusi pendidikan Islam dalam melestarikan gerakan dakwah. Program ini turut […]

Slot Madani di Majlis Tilawah, Tafsir dan Hafazan al-Quran (MTTHQ)

MAJLIS Tilawah, Tafsir dan Hafazan al-Quran (MTTHQ) Institut Pendidikan Guru (IPG) Peringkat Kebangsaan 2024 diteruskan lagi dengan pengisian Slot Khas Kepimpinan Madani daripada Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin bertajuk ‘Peranan Generasi Pendidik Dalam Penghayatan Teras Malaysia Madani’. Seramai 162 orang peserta MTTHQ dalam kalangan bakal pendidik menyertai sesi para 20 April ini. […]

Jelajah Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) pada 17 April memulakan penganjuran Jelajah Seminar Kenegaraan Madani untuk pelajar tingkatan 6 seluruh Kuala Lumpur. Siri pertama program ini dihadiri 300 peserta daripada kalangan pelajar tingkatan 6 dan guru-guru dari sekolah St. Johns Institution, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak dan Sekolah Menengah […]

Seminar Kenegaraan Madani di IPGKRM

SISWA Guru sebagai bakal pendidik turut menjadi keutamaan melestari gerakan dakwah oleh YADIM Negeri Sembilan dan Melaka. Justeru, pada 17 April, seramai 200 bakal guru berkenaan telah mengikuti program Seminar Kenegaraan Madani di Institut Pendidikan Guru Raja Melewar (IPGKRM) anjuran YADIM Negeri Sembilan. Selaras dengan gerak kerja menyantuni semua tanpa mengira latar belakang, program ini […]

Perancangan Program Kem GenMADANI Peringkat Negeri Johor

YADIM Negeri Johor telah mengadakan kunjung hormat kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Haji Mohd Hanafi Samad pada 16 April. Pertemuan di pejabat beliau di Johor Bahru itu berlangsung selama sejam yang menyentuh pelbagai aspek cadangan kerjasama. Antaranya termasuklah program Kem GenMADANI Peringkat Negeri Johor untuk pelajar tingkatan 4 dan 6 serta beberapa program […]