Malaysia, Arab Saudi bincang pelaburan baharu untuk negara – Anwar

RIYADH: Malaysia dan Arab Saudi sedang berbincang mengenai pelaburan baharu untuk negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya beliau dan delegasinya dijangka memuktamadkan butiran pelaburan dari Arab Saudi ke Malaysia petang ini. “Kami akan mengumumkan beberapa pelaburan baharu dengan kerajaan Arab Saudi,” kata Anwar, yang juga Menteri Kewangan, di sini hari ini. Beliau […]

‘Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ – Mohd Na’im

SHAH ALAM – Tindakan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menaja seramai 30 jemaah orang kurang upaya (OKU) penglihatan, diharapkan menjadi contoh kepada syarikat pengendali umrah dan haji lain untuk berbuat perkara sama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, hal tersebut amat menyentuh hati apabila melihat […]

Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB

RIYADH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di sini pada Ahad. Pada pertemuan itu, yang bermula pada 2.05 petang waktu tempatan dan berlangsung kira-kira 20 minit, […]

Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan

KUALA LUMPUR: Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera, yang dapat memudahkan rawatan jika berlaku sebarang insiden semasa mengerjakan ibadah itu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata IPS yang merupakan satu transformasi digital Kementerian Kesihatan (KKM), membolehkan pengamal perubatan di Tanah Suci mengakses maklumat […]

Pihak dikaitkan laporan isu kasino perlu ambil tindakan – Anwar

SEPANG: Pihak dikaitkan dalam laporan sebuah agensi berita asing yang mendakwa kerajaan merancang mengeluarkan lesen pengoperasian kasino di Forest City, Johor, perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap agensi berita itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Mereka yang disentuh (dalam laporan itu) perlu mengambil tindakan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Pusat Muktamar Islam […]

Konflik Timur Tengah: Kerajaan sedia hadapi apa jua perubahan

POKOK SENA – Kerajaan sentiasa bersedia dalam menghadapi apa jua kemungkinan perubahan yang akan berlaku semasa musim haji berikutan konflik di Timur Tengah ketika ini. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, ketika ini pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) berada di landasan yang betul selain mempunyai sistem sokongan yang […]

Institusi tahfiz, pembangunan Pendidikan Islam, tumpuan Persidangan JPPIK dan MKI di Kuching

KUCHING, 24 April: Institusi tahfiz dan kurikulum Pendidikan Islam antara isu tumpuan Persidangan Jawatankuasa Penyelaras Pendidikan Islam Kebangsaan (JPPIK) dan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) di Kuching yang bermula hari ini. Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha, persidangan ke-60 itu telah diadakan kali kedua di negeri ini […]

Misi pelayaran bantuan kemanusiaan ke Gaza satu cabaran besar – Mohamad

BEIJING: Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan misi pelayaran bantuan kemanusiaan ke Gaza merupakan satu cabaran yang amat besar dan menyeru delegasi Malaysia yang terlibat supaya menjangkakan pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi. Mohamad berharap dan berdoa agar misi bantuan ini selamat serta misi tersebut mengambil sikap berhati-hati walaupun kru dari Malaysia yang terlibat […]

PM nafi kerajaan beri lesen KASINO di Forest City

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis MADANI Muhibbah Aidilfitri 2024 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Komunikasi di sini hari ini,  Anwar yang juga Menteri Kewangan secara ringkas berkata: […]

Pembentangan RUU 355 kini menunggu maklum balas Majlis Raja-Raja

KANGAR: Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) kini menunggu maklum balas daripada pihak Majlis Raja-Raja sebelum laporannya dibawa ke Kabinet dan dijangka dibentangkan pada tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata seperti dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, […]