Pentingkan adab, akhlak ketika menimba ilmu – Anwar

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan kerajaan Pusat sebanyak RM1 juta kepada pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin di Chemor di sini yang terletak dalam kawasan Parlimennya. Beliau berkata, diharapkan sumbangan itu dapat membantu pusat pengajian tersebut agar terus berkembang dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Anwar juga menekankan bahawa dalam mencari […]

PM Anwar umum peruntukan RM1 juta untuk pembinaan pusat pengajian At-Taiyyibin

IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk pembinaan Pusat Pengajian At-Taiyyibin di Tanah Hitam, Chemor dekat sini. Beliau berkata ia merupakan tambahan kepada dana yang dikumpul oleh penduduk kawasan itu bagi membangunkan pusat pengajian berkenaan. “Saya ucap penghargaan setingginya (kepada pihak pengurusan pusat pengajian itu) termasuk penduduk di sini yang […]

Murid maut disyaki akibat renjatan elektrik: JAKIM diarah dapat laporan terperinci

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diarah untuk mendapatkan laporan terperinci daripada pihak berkuasa agama Islam negeri berhubung kejadian seorang murid meninggal dunia dipercayai akibat renjatan elektrik di sebuah sekolah di Serdang, Selangor, Rabu lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia bagi mencari pendekatan drastik secara bersama […]

GISBH: JAIS buka 141 kertas siasatan, serah pendakwaan kepada pendakwa raya syarie

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan membuka 141 kertas siasatan berkait kes GISB Holdings (GISBH) di negeri ini. Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata ketika ini JAIS dalam proses perbincangan dengan pihak pendakwa raya untuk melengkapkan kertas siasatan terbabit. Beliau berkata, rata-rata kes didakwa di bawah Seksyen 12(c ) Enakmen Jenayah Syariah Negeri […]

Dewan Negara lulus lima lagi RUU termasuk undang-undang Islam

KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan lima lagi rang undang-undang (RUU) dengan dua daripadanya adalah berkaitan Islam. Antaranya RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)(Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)(Pindaan) 2024 di bawah Jabatan Perdana Menteri serta RUU Perkongsian Data 2024 di bawah Kementerian Digital. Turut diluluskan RUU Majlis Perundingan Gaji […]

BNM lantik semula tiga ahli Majlis Penasihat Syariah

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan semula tiga ahli Majlis Penasihat Syariah (MPS), termasuk Mufti Selangor Datuk Setia Dr Anhar Opir. Dua ahli lain yang dilantik semula ialah Dr Marjan Muhammad, Timbalan Presiden Penyelidikan Universiti INCEIF, dan Dr Ahmad Basri Ibrahim, Ketua Pengurusan Syariah Permodalan Nasional Bhd. Anhar dilantik semula dari 1 November […]

Kategori pendapatan jemaah haji hasil maklumat agensi kerajaan

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mengenal pasti kumpulan B40, M40 dan T20 di kalangan bakal haji yang terpilih menunaikan haji melalui maklumat yang diperoleh dari agensi kerajaan. Maklumat tersebut menjadi panduan kepada TH untuk mengelaskan bayaran haji bagi setiap kumpulan. “Seperti tahun-tahun lepas, TH telah mendapat kerjasama dari agensi-agensi Kerajaan untuk menyemak silang maklumat […]

Fahami istito’ah, tidak berdosa jika tiada kemampuan pergi haji – Mufti Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Bakal jemaah haji dinasihatkan untuk memahami konsep istito’ah iaitu mempunyai kemampuan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu. Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Mohd Sukki Othman berkata, ia tidak berdosa seandainya mana-mana individu tidak mampu untuk mengerjakan haji atas faktor kewangan, kesihatan dan perjalanan yang aman. “Jadi kemampuan itu dalam pelbagai aspek, antaranya kewangan, […]

Modul silibus pemulihan akidah pengikut GISBH telah siap

POKOK SENA – Jawatankuasa khas yang diketuai Sarjana Islam yang juga Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Ali@Fadzil telah menyiapkan modul silibus pemulihan akhlak pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, jawatankuasa khas itu ketika ini sedang menyiapkan satu rangka […]

Lebih 100 kanak-kanak GISBH masih ikuti modul pemulihan khas MAIS

SHAH ALAM: Lebih 100 kanak-kanak GISB Holdings (GISBH) yang belum dituntut keluarga masih mengikuti modul pemulihan khas yang dilaksanakan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata kesemua kanak-kanak itu masih ditempatkan di rumah kebajikan seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di ibu negara. Katanya, masih terdapat sebahagian daripada kanak-kanak […]