Majlis Penutup Seminar Kenegaraan Madani

PEMIMPIN Ulung Indonesia, Bapak Soekarno pernah berkata,”Berikan aku 1,000 orang tua, nescaya akan ku cabut semeru daripada akarnya, dan berikan aku 10 pemuda nescaya akan ku goncangkan dunia! ”Anak muda sinonim dengan tenaga, kudrat dan kreativiti. Sebenarnya anak muda perlu diberikan ruang kebebasan untuk berkarya mengikut bidang kepakaran masing-masing,”. Demikian ucapan Pengarah YADIM Negeri Selangor, […]

Pentas Akhir Pidato Cilik Madani Peringkat Negeri Kelantan 2024

SERAMAI 24 pelajar telah berentap dalam Pentas Akhir Pidato Cilik Madani Peringkat Negeri Kelantan 2024 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru, Tumpat pada 23 April. Ia merupakan kemuncak kepada pertandingan yang berlangsung sejak Februari lalu yang menyaksikan bakat-bakat muda daripada kalangan pelajar sekolah-sekolah pesisir pantai Kelantan memperlihatkan kebolehan masing-masing. Disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif […]

Kalam Madani Khas dengan kerjasama PUSPEN Besut

GOLONGAN Yang ingin berubah dan kembali ke jalan lurus sewajarnya didekati dan tidak disisihkan kerana semua layak diberikan peluang kedua. Cakna dengan itu, YADIM Terengganu pada 22 April dengan kerjasama Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Besut telah menganjurkan program Kalam Madani Khas Bersama Yang Dipertua YADIM. Bertempat di Masjid al-Hidayah PUSPEN Besut, ia disertai seramai […]

Agamawan bukan malaikat jadi semua perlu tegas dalam soal amal makruf nahi mungkar

Kuala Lumpur: Golongan agamawan wajib beramal segala ilmu agama yang dipelajari supaya tidak terjebak dengan maksiat khususnya liwat atau zina. Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berkata, bukan saja golongan itu tapi semua orang Islam perlu tegas dalam soal amal […]

“Saya kusut, lesu dan kecewa dengan perkembangan di Gaza” – Anwar

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim kecewa dengan perkembangan dan situasi semasa keganasan yang berlaku di Gaza. Perdana Menteri berkata, perkara itu menyebabkan beliau berasa kusut dan lesu biarpun pelbagai usaha dilaksanakan Malaysia dalam menghentikan konflik di wilayah berkenaan. “Dalam (lawatan kerja) di Riyadh, perkembangan mutakhir di Gaza, maklumatnya sangat tidak meyakinkan dan menggusarkan kita. “Sepanjang […]

Pelantikan Sultan Nazrin terus perkukuh kedudukan MKI menyelaras hal pentadbiran Islam

KUALA LUMPUR: Pelantikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Pengerusi baharu Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), akan terus memperkukuh kedudukan MKI dalam melaksanakan fungsinya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang merafak sembah dan ucapan tahniah kepada Sultan Nazrin berkata, MKI menjalankan fungsi […]

Presiden Palestin rakam terima kasih kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR: Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin. Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu dizahirkan Abbas ketika mereka bertemu di Sidang Plenari Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad. “Beliau minta sampaikan salam terima kasih […]

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata kejayaan itu susulan persiapan awal dilaksanakan Tabung Haji (TH) dalam pelbagai aspek. “Dengan adanya keupayaan daripada sudut […]

Menteri Agama tinjau persiapan operasi, dokumentasi bakal jemaah haji 1445H

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar semalam berkesempatan membuat tinjauan mengejut ke Ibu Pejabat Tabung Haji di sini, bagi melihat kerja-kerja operasi dan dokumentasi bakal jemaah haji yang akan berlepas tidak lama lagi. Mohd Na’im bersama pengurusan tertinggi turut meninjau gerak kerja di Unit Passport dan […]

PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam

RIYADH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan keyakinan terhadap Bank Pembangunan Islam (IsDB) yang akan terus memainkan peranan penting dalam menangani isu ketidaksamaan dan marginalisasi, terutama dalam kalangan umat Islam. Beliau berkata bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam. “Umat Islam masih merupakan […]