Cabaran Malaysia urus Islamfobia, guna Islam pupuk kebencian

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengakui Malaysia kini dalam keadaan ‘simpang siur’ apabila berdepan dengan dua cabaran iaitu Islamofobia dan kumpulan menggunakan Islam untuk menanam kebencian kepada semua pihak. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan komited untuk menangani kedua-dua cabaran ini dengan bijaksana dan berprinsip. “Pertama, kita berhadapan dengan pihak yang menghidupkan Islamofobia, yang menganggap Islam […]

Islam semakin subur di bawah Kerajaan Perpaduan

SHAH ALAM – Pas semakin galak memainkan naratif Islam terancam kerana kebimbangan parti itu terhadap kejayaan Kerajaan Perpaduan menyuburkan Islam di negara ini. Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Pas terus memainkan isu bukan Islam naik kepala kerana […]

Teknologi pemangkin pengurusan halal di Malaysia.

Pensijilan halal di Malaysia memainkan peranan penting dalam memacu keyakinan pengguna Muslim, bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di peringkat global. Sistem pensijilan halal Malaysia yang dikawal selia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah satu daripada rujukan utama dunia dalam memastikan produk yang dihasilkan adalah patuh syariah. Dalam era teknologi yang pesat, proses […]

Kenyataan PKPU berhubung kenyataan Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin mengenai peranan JAKIM dalam isu GISBH

  1. Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) JAKIM ingin merujuk kenyataan yang dibuat oleh Dr. Abu Hafiz Salleh Huddin melalui media sosial berkenaan peranan JAKIM dalam isu GISBH. Kenyataan tersebut telah menimbulkan kekeliruan dan persepsi negatif di kalangan orang ramai mengenai peranan serta fungsi JAKIM. Justeru, PKPU merasa perlu memberikan penjelasan dan mempertahankan fakta-fakta yang […]

ABIM Selangor minta semua pihak bantu pantau organisasi, individu promosi ajaran sesat

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta memantau organisasi dan individu yang disyaki mengamal dan mempromosikan ajaran sesat di media sosial. Setiausaha Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Ahmad Fahmi Adzha Mohd Nasarudin berkata, pihaknya memandang serius sebarang bentuk gerakan penyelewengan akidah kerana ia memecah-belahkan umat Islam serta membelakangi syariat. Katanya, tindakan mengamal dan mempromosikan ajaran sesat […]

20 rumah amal dikaitkan dengan GISB diserbu, 402 kanak-kanak diselamatkan

KUALA LUMPUR: Sejumlah 20 premis dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan diserbu pagi tadi dalam operasi OP Global. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dalam serbuan di rumah amal tersebut polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara tujuh bulan hingga 17 tahun. Serbuan turut […]

PM mahu kajian, laporan lengkap isu pensijilan halal minggu depan – Fahmi

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar telah diarahkan untuk melakukan kajian dan menyediakan laporan lengkap berhubung isu pensijilan halal. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata arahan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada Rabu. Fahmi berkata, Perdana Menteri mahu hasil […]

Berhati-hati dalam berdakwah, elak kongsi ilmu tidak menepati syariat

Pendakwah di Malaysia dinasihatkan supaya berhati-hati dalam menyampaikan dakwah walaupun mereka ikhlas dalam memperjuangkan Islam, kata Felow Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi Al-Akiti. Beliau yang juga Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (MKI) Yang Dilantik Majlis Raja-Raja berkata hasutan untuk melawan Raja-Raja Melayu, Ulul Amri, pemerintah atau pemimpin di Malaysia serta […]

Malaysia akan terus menjuarai hab halal global

Serdang: Malaysia akan terus menjuarai hal berkaitan hab halal global, justeru kenyataan bertentangan fakta itu adalah bersifat pandangan peribadi, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu. Beliau mengulas polemik kontroversi ditimbulkan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok yang dilaporkan berkata cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang tidak menyajikan daging babi serta […]

Isu sijil halal: bincang dalam mesyuarat, tidak perlu timbul kontroversi – PM Anwar

SEREMBAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan pihak yang ada cadangan dan prihatin berkaitan pensijilan halal, supaya membawa perkara itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat untuk diteliti dan dibincangkan. Menjawab pertanyaan media berhubung kenyataan individu tertentu berkaitan pensijilan halal, beliau berkata perkara yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum tidak perlu dijadikan isu sehingga menimbulkan kontroversi. “Ini […]