Rakyat jadi mangsa tindakan pihak memanipulasi agama, perkauman – Mohd Na’im

PUTRAJAYA: Tindakan segelintir pihak berterusan memanipulasi isu agama dan perkauman sebagai senjata untuk melemahkan pihak yang tidak sealiran dengan mereka, disifatkan sebagai amat tidak bertanggungjawab. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata tindakan itu hanya menyebabkan rakyat menjadi mangsa keadaan kerana dihidangkan dengan berita fitnah, adu domba serta […]

Umat Islam perlu terus teladani Rasulullah – PM

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata umat Islam wajar terus menjadikan Nabi Muhammad SAW yang merupakan murabbi terunggul dan teragung umat sebagai ‘Uswatun Hasanah’ atau teladan yang baik, ketika dunia kini dibadai kemarau contoh dan suri teladan. Perdana Menteri berkata Rasulullah wajib diberi sorotan penuh perhatian, bukan sahaja dari segi keperibadian baginda, tetapi mencakupi sisi […]

Maiwp, Jawi ambil tindakan penguatkuasaan sesuai terhadap GISBH

Kuala Lumpur: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan terhadap Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH). Pengerusi Maiwp Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, pihaknya mempunyai bidang kuasa di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) [Akta 505]. “Bidang kuasa itu adalah untuk […]

JHEAIK pantau pergerakan GISBH di Kedah

Alor Setar: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) sentiasa memantau pergerakan syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang beroperasi di negeri ini. Pengarahnya, Datuk Abd Ghani@Zulkifli Zainudin berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada siasatan khusus dibuat membabitkan aktiviti syarikat terbabit. Ini kerana katanya, tiada aduan yang diterima berkaitan salah laku kumpulan terbabit di […]

Roti jenama Ikhwan tiada sijil halal – JAKIM

KUALA LUMPUR: Produk roti jenama Ikhwan keluaran Global Ikhwan Utara disahkan tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). JAKIM dalam kenyataan, berkata semakan melalui Portal Halal Malaysia mendapati produk itu tidak memiliki SPHM yang sah. “Kita mengambil perhatian serius terhadap pertanyaan yang diterima mengenai produk berkenaan yang tular ketika ini. […]

Jakim digesa pergiat promosi program keagamaan menerusi media sosial

JOHOR BAHRU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa mengambil langkah lebih proaktif dengan mempromosikan program-program berbentuk keagamaan dalam pelbagai platform media sosial. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Naim Mokhtar berkata, usaha itu penting kerana program seperti Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) kurang diketahui walaupun sudah memasuki […]

Tidak wajar salahkan Jakim isu GISBH – PUM

KUALA LUMPUR – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyokong siasatan dan tindakan terhadap GISB Holdings (GISBH) dijalankan oleh pihak berkuasa namun tidak bersetuju pandangan segelintir pihak menyalahkan Jakim berkaitan isu terbabit. Setiausaha Agung PUM, Profesor Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, kritikan terhadap Jakim seolah hanya memberi merit kepada golongan tertentu yang dianggap membongkar isu GISBH. […]

Negara dalam keadaan simpang siur hadapi ‘assabiyah’ dan Islamofobia – PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui negara kini berada dalam keadaan ‘simpang siur’ kerana wujudnya dua pihak yang mempunyai fahaman berbeza terhadap Islam. Perdana Menteri berkata, kerajaan berdepan cabaran bagi menghadapi kelompok ‘assabiyah’ dalam Islam dengan menganggap pihak lain adalah sesat dan zalim, selain mereka yang bersifat Islamofobia. Atas dasar itu, beliau mahu pelajar […]

Tindakan terhadap isu GISBH sudah diambil sejak 2019 – JAKIM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan tindakan ke atas Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang kini disiasat susulan Op Global, sudah pun dimulakan pihaknya sejak Februari 2019. Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah JAKIM, Datin Hakimah Mohd Yusoff, sekali gus menafikan dakwaan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan berhubung isu GISBH. […]

Dapatan kajian akidah GISBH dibentang dalam MKI, MJIM – JAKIM

SHAH ALAM – Hasil dapatan kajian berhubung isu akidah, syariah dan tasawuf dalam syarikat GISB Holdings (GISBH) akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) serta Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM). Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, ia kemudian diikuti dengan permohonan perkenan Majlis […]