YADIM Negeri Selangor menganjurkan kejohanan bola sepak

DAKWAH Bukan hanya dengan ceramah atau kuliah semata-mata, sebaliknya ia satu pendekatan universal dalam menyampaikan risalah agama. Sesuai dengan itu, YADIM Negeri Selangor telah menganjurkan kejohanan bola sepak 9 sebelah dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Program Perumahan Rakyat (PPR) Enggang Blok B, Puchong dan Adab Youth Garage (AYG) bertempat padang PPR Enggang pada 31 […]
YADIM Peduli: Muslim Revert Gathering di Ad-Deen Center

SAUDARA Baharu sentiasa mendapat perhatian dalam inisiatif melestari gerakan dakwah oleh YADIM Negeri Kelantan. Terbaharu menerusi kerjasama dengan Islamic Outreach ABIM Kelantan (IOAK), telah dianjurkan program YADIM Peduli: Muslim Revert Gathering di Ad-Deen Center, Kota Bharu pada 1 September. Seramai 133 oang saudara baharu telah hadir dalam program ini. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Puan […]
Kuliah Hubbul Watan sempena Program Dakwah Negara

LENSA Kuliah Hubbul Watan sempena Program Dakwah Negara di Surau Pusat Islam Assolihin Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kota Bharu pada 31 Ogos. Ceramah di sampaikan oleh penceramah bebas, Ustaz Roslin Hussin kepada hampir 400 orang pelajar institut berkenaan. Turut hadir ialah Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Mahadi Awang. Hadir sama ialah Pengerusi Rakan […]
Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang : ‘Jiwa Merdeka’

SAMBUTAN Kemerdekaan harus disambut dengan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT, justeru YADIM Negeri Selangor mengambil kesempatan ini meneruskan risalah dakwah dengan pelbagai aktiviti kepada masyarakat. Pada 31 Ogos, satu forum telah diadakan untuk komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang dengan tajuk ‘Jiwa Merdeka’ yang menampilkan Daie Komuniti YADIM (DKY) Ustaz […]
Kembara Merdeka YADIM Negeri Kedah dan Perlis

KEMBARA Merdeka YADIM Negeri Kedah dan Perlis di zon selatan negeri tersebut telah berjaya dilangsungkan di lokasi pertama iaitu Padang Awam Taman Tungku Putra, Kulim manakala lokasi kedua pula ialah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Flat Paya Nahu sempena Sambutan Kemerdekaan kali ke-67 pada 31 Ogos. Seramai 300 orang penduduk yang terdiri dari kalangan warga emas, belia […]
Forum Merdeka Hubbul Watan Pemangkin Malaysia Madani & Maju Johor

SAMBUTAN Hari Kemerdekaan Negara disambut YADIM Negeri Johor dengan program-program menyemarak kecintaan kepada negara. Pada 31 Ogos, telah berlangsung Forum Merdeka Hubbul Watan Pemangkin Malaysia Madani dan Maju Johor. Program di Masjid Seri Pengkalan Kampung Parit Kuda, Batu Pahat, Johor ini disertai seramai 270 warga penduduk sekitar. Ia menampilkan Kadi Daerah Batu Pahat, Assyeikh Haji […]
Majlis Silaturrahim Saudara Kita & Musaadah Madani YADIM

YADIM Negeri Sarawak memulakan Program Dakwah Negara 2024 untuk negeri berkenaan dengan Majlis Silaturrahim Saudara Kita dan Musaadah Madani YADIM pada 31 Ogos. Program di Masjid Darul Iman, Bau itu menyantuni seramai 80 orang peserta daripada kalangan saudara kita sekitar Bau. Dijayakan dengan kerjasama Urusetia Saudara Kita Daerah Bau, Jabatan Agama Islam Sarawak, Harakah Islamiah […]
Industri halal pastikan penyertaan masyarakat lebih meluas – PM

KUALA LUMPUR: Perkembangan industri halal Malaysia hingga ke peringkat antarabangsa membuktikan ekosistem ekonomi Islam tidak lagi hanya bergantung kepada institusi kewangan seperti sebelum ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, melalui industri halal, hampir semua golongan rakyat disantuni, termasuk peniaga kecil dan petani, satu aspek yang umumnya tidak dapat dikuasai industri kewangan. Perdana […]
Kes GISB: Agong titah PDRM jalankan siasatan menyeluruh

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH). Seri Paduka Baginda memandang serius perkara itu selepas pelbagai berita dilaporkan serta disiarkan di media massa mengenai rumah amal […]
Jawatankuasa khas panggil bekas pengikut GISBH, siasat terperinci doktrin fahaman

PUTRAJAYA: Jawatankuasa khas akan memanggil bekas pengikut Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) dalam tempoh terdekat bagi menjalankan siasatan dan kajian terperinci berhubung doktrin fahaman kumpulan terbabit. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata jawatankuasa khas yang dibentuk itu akan menyelesaikan dan memuktamadkan kajian berkaitan GISBH. “Jawatan kuasa […]