YADIM Kolaboratif : Majlis Pentauliahan Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian

KONSISTEN Mendekati para pelajar dan remaja menerusi jalur pendidikan, YADIM Kelantan pada 3 September menganjurkan program YADIM Kolaboratif : Majlis Pentauliahan Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian Sesi 2024. Bertempat di dewan terbuka sekolah tersebut, seramai 142 pemimpin dan exco pelajar menerima watikah pelantikan yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Haji […]

Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis menyertai lawatan kerja YBM

PENGARAH YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Dr. Ahmad Mujahid Abdullah telah menyertai lawatan kerja Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar ke negeri Perlis pada 1 September. Antara yang dikunjungi beliau ialah pusat pendidikan Dar Al-Islah Islamic School di Mata Ayer. […]

Majlis Konvensyen KAFA Peringkat Kebangsaan kali ke 2

LENSA Majlis Konvensyen KAFA Peringkat Kebangsaan kali ke 2 yang diadakan di Dewan 2020, Kangar, Perlis pada 2 September. Titah perasmian konvensyen telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail manakala ucapan aluan telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), […]

Kelas bersiri Kuliah Hadis 40 Imam Nawawi di PUSPEN

WARGA Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) tidak harus dipandang negatif dan perlu didampingi agar mereka tidak terasing dengan masyarakat luar. Atas kesedaran itu, YADIM Negeri Selangor dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam Pusat Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sepang telah menggerakkan kelas bersiri Kuliah Hadis 40 Imam Nawawi setiap minggu sepanjang Program Dakwah Negara (PDN) berlangsung bermula […]

Kayuhan Merdeka sempena Kembara Hari Malaysia

LENSA Pelancaran Bulan Dakwah Negara peringkat Negeri Kedah dan Perlis serta Kayuhan Merdeka sempena Kembara Hari Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil Ilir pada 1 September. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Dr. Ahmad Mujahid Abdullah. Turut hadir dalam pelancaran tersebut ialah Penolong Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, […]

Program Sambutan Ambang Merdeka 2024 di KISAS

SEKITAR Program Sambutan Ambang Merdeka 2024 di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pada 30 Ogos. Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Ustaz Haji Shamsul Ma’arif Ismail telah diundang memberi pengisian di hadapan 777 orang pelajar dan guru. Program dengan tajuk ‘Menghayati Erti Kemerdekaan Tanah Air’ itu dijayakan dengan kerjasama Persatuan Alumni Kolej Islam Klang.

Kembara YADIM Negeri Kedah dan Perlis

SELEPAS Padang Awam Taman Tungku Putra dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Flat Paya Nahu, Kembara YADIM Negeri Kedah dan Perlis sempena sambutan kemerdekaan negara diteruskan pula ke Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ilir, Bandar Baharu pada 1 September. Program di dewan sekolah tersebut menarik penyertaan 300 orang terdiri daripada kaum ibu, belia dan kanak-kanak. Pengarah YADIM Negeri […]

Kuliah Hubbul Watan sempena Program Dakwah Negara

LENSA Kuliah Hubbul Watan sempena Program Dakwah Negara di Surau Al Falah, Program Perumahan Rakyat (PPR) Hicom, Shah Alam pada 1 September. Program anjuran YADIM Negeri Selangor dengan kerjasama Pangsapuri PPR Hicom ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh masyarakat setempat. Ceramah mengenai Hubbul Watan di sampaikan oleh Daie Komuniti YADIM Negeri Selangor, Ustaz Azam […]

Program YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Timur Laut

YADIM Negeri Pulau Pinang telah membuka tirai Program Dakwah Negara 2024 di Dewan Menara Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Timur Laut pada 1 September 2024. Program ini adalah anjuran YADIM Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Timur Laut . Program dimulakan dengan pertandingan melukis bendera Malaysia , permainan karom dan diakhiri […]

Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Kampung Semungkis

PELBAGAI Ejen Dakwah YADIM dan rakan strategik berganding bahu menjayakan program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Kampung Semungkis, daerah Hulu Langat pada 29 dan 30 Ogos. Dianjurkan oleh YADIM Negeri Selangor dengan kerjasama Madrasah Ahmadiah Diniah, SEBATI Madani ini dipenuhi dengan pelbagai pengisian bermanfaat. Antaranya termasuklah pengisian Interaktif oleh Daie Komuniti YADIM Ustaz Nasrullah Amran […]