Penceramah tanpa tauliah berdepan tindakan undang-undang – Jawi

KUALA LUMPUR – Penceramah yang didapati mengajar atau memberikan syarahan agama Islam tanpa tauliah di Wilayah Persekutuan akan dikenakan tindakan undang-undang oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Jawi dalam satu kenyataan memaklumkan, pihak berkuasa agama itu tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan. “Kami juga ingin mengingatkan […]

Belanjawan 2025: Harap ada berita gembira buat guru KAFA

BALIK PULAU – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berharap peruntukan untuk meningkatkan lagi kebajikan guru kelas Al-Quran dan fardhu ain (KAFA) akan ditambah dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,18 Oktober depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Anwar merupakan seorang pemimpin yang […]

GISBH, anak syarikat tidak pernah bayar zakat – Lembaga Zakat Selangor

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengesahkan tidak pernah menerima sebarang jenis bayaran zakat daripada GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH). Ketua Divisyen Kutipan Mohd Fikri Naim Harun berkata walaupun LZS pernah menjalankan dakwah kutipan zakat di GISBH, namun sehingga kini belum ada sebarang pembayaran zakat yang direkodkan diterima daripada GISBH dan anak syarikatnya. “Terdapat lebih […]

Malaysia buat rayuan tambah kuota jemaah haji

KOTA BHARU: Malaysia sedang menunggu jawapan daripada Kerajaan Arab Saudi berhubung rayuan penambahan kuota jemaah haji negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata permohonan itu telah dikemukakan kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Muhammed Al-Rabiah, selepas pertemuan bulan lalu. “Sebaik saja habis operasi […]

Krisis nasab: Kanak-kanak GISBH berdepan risiko diisytihar anak wati’ syubhah

KUALA LUMPUR: Sebahagian kanak-kanak penghuni rumah amal dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), berdepan risiko diisytihar anak wati’ syubhah, iaitu anak yang lahir daripada persetubuhan tidak sah jika tiada pengakuan nasab yang sahih daripada ibu bapa mereka. Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang berkata dalam undang-undang syariah khususnya melalui Akta Undang-Undang Keluarga […]