Perpisahan ibu bapa beri kesan emosi mendalam pada anak – Izhar

Kuala Lumpur: “Kajian menunjukkan tiada kanak-kanak yang gembira apabila ibu bapa mereka berpisah.” Demikian kata Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari, Pusat Kajian Syariah merangkap Timbalan Dekan Industri, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff mengenai perpisahan ibu bapa memberi kesan emosi mendalam terhadap anak-anak. Izhar menegaskan, walaupun Islam membenarkan […]

Perluas Seminar Fikrah Madani, cetus gelombang ilmiah dalam masyarakat

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar mencadangkan agar program Seminar Fikrah Madani diperluas ke peringkat zon dan negeri bagi memacu gelombang ilmiah dalam masyarakat. Beliau berkata impak seminar itu dilihat mampu mencetuskan gelombang kecerdasan intelektual yang kukuh berpandukan fikrah Madani yang diiktiraf dan berwibawa. Mohd Na’im berkata […]

Pulau Pinang putuskan fatwa mengenai GISBH selepas MKI bersidang

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang akan meneliti keputusan Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang bersidang mulai hari ini sebelum memuktamadkan status doktrin diperjuangkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) sebagai ajaran sesat. Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman, berkata, pihaknya memutuskan pendekatan sedemikian dengan mengambil kira siasatan […]

Sultan Selangor titah percepat proses tindakan terhadap GISBH

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan proses tindakan lanjut berkaitan isu Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd. (GISBH) dipercepatkan. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata perkara itu antara yang ditekankan oleh Sultan Selangor ketika sesi pertemuan mingguan hari ini, selain baginda berpandangan pasukan siasatan perlu lebih cekap meneliti sebarang kesalahan berkaitan […]

Siasat, banteras sehingga akar umbi aliran menyimpang Ahli Sunnah Wal Jamaah – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan mengambil serius perkara yang menyentuh pegangan akidah dan syariat umat Islam di negara ini. Mengetengahkan isu mutakhir yang menyentuh soal pemikiran dan beberapa aliran menyimpang daripada fahaman Ahli Sunnah Wal Jaamah (ASWJ), Perdana Menteri berkata, ia menuntut tindakan serius dan bersepadu oleh pihak berkuasa. Beliau menegaskan demikian […]