Kuliah Hubbul Watan sempena Program Dakwah Negara

LENSA Kuliah Hubbul Watan sempena Program Dakwah Negara di Surau Pusat Islam Assolihin Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Kota Bharu pada 31 Ogos. Ceramah di sampaikan oleh penceramah bebas, Ustaz Roslin Hussin kepada hampir 400 orang pelajar institut berkenaan. Turut hadir ialah Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Mahadi Awang. Hadir sama ialah Pengerusi Rakan […]

Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang : ‘Jiwa Merdeka’

SAMBUTAN Kemerdekaan harus disambut dengan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT, justeru YADIM Negeri Selangor mengambil kesempatan ini meneruskan risalah dakwah dengan pelbagai aktiviti kepada masyarakat. Pada 31 Ogos, satu forum telah diadakan untuk komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang dengan tajuk ‘Jiwa Merdeka’ yang menampilkan Daie Komuniti YADIM (DKY) Ustaz […]

Kembara Merdeka YADIM Negeri Kedah dan Perlis

KEMBARA Merdeka YADIM Negeri Kedah dan Perlis di zon selatan negeri tersebut telah berjaya dilangsungkan di lokasi pertama iaitu Padang Awam Taman Tungku Putra, Kulim manakala lokasi kedua pula ialah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Flat Paya Nahu sempena Sambutan Kemerdekaan kali ke-67 pada 31 Ogos. Seramai 300 orang penduduk yang terdiri dari kalangan warga emas, belia […]

Forum Merdeka Hubbul Watan Pemangkin Malaysia Madani & Maju Johor

SAMBUTAN Hari Kemerdekaan Negara disambut YADIM Negeri Johor dengan program-program menyemarak kecintaan kepada negara. Pada 31 Ogos, telah berlangsung Forum Merdeka Hubbul Watan Pemangkin Malaysia Madani dan Maju Johor. Program di Masjid Seri Pengkalan Kampung Parit Kuda, Batu Pahat, Johor ini disertai seramai 270 warga penduduk sekitar. Ia menampilkan Kadi Daerah Batu Pahat, Assyeikh Haji […]

Majlis Silaturrahim Saudara Kita & Musaadah Madani YADIM

YADIM Negeri Sarawak memulakan Program Dakwah Negara 2024 untuk negeri berkenaan dengan Majlis Silaturrahim Saudara Kita dan Musaadah Madani YADIM pada 31 Ogos. Program di Masjid Darul Iman, Bau itu menyantuni seramai 80 orang peserta daripada kalangan saudara kita sekitar Bau. Dijayakan dengan kerjasama Urusetia Saudara Kita Daerah Bau, Jabatan Agama Islam Sarawak, Harakah Islamiah […]