Tidak wajar salahkan Jakim isu GISBH – PUM

KUALA LUMPUR – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menyokong siasatan dan tindakan terhadap GISB Holdings (GISBH) dijalankan oleh pihak berkuasa namun tidak bersetuju pandangan segelintir pihak menyalahkan Jakim berkaitan isu terbabit. Setiausaha Agung PUM, Profesor Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, kritikan terhadap Jakim seolah hanya memberi merit kepada golongan tertentu yang dianggap membongkar isu GISBH. […]

Negara dalam keadaan simpang siur hadapi ‘assabiyah’ dan Islamofobia – PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui negara kini berada dalam keadaan ‘simpang siur’ kerana wujudnya dua pihak yang mempunyai fahaman berbeza terhadap Islam. Perdana Menteri berkata, kerajaan berdepan cabaran bagi menghadapi kelompok ‘assabiyah’ dalam Islam dengan menganggap pihak lain adalah sesat dan zalim, selain mereka yang bersifat Islamofobia. Atas dasar itu, beliau mahu pelajar […]

Tindakan terhadap isu GISBH sudah diambil sejak 2019 – JAKIM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan tindakan ke atas Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang kini disiasat susulan Op Global, sudah pun dimulakan pihaknya sejak Februari 2019. Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah JAKIM, Datin Hakimah Mohd Yusoff, sekali gus menafikan dakwaan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan berhubung isu GISBH. […]

Dapatan kajian akidah GISBH dibentang dalam MKI, MJIM – JAKIM

SHAH ALAM – Hasil dapatan kajian berhubung isu akidah, syariah dan tasawuf dalam syarikat GISB Holdings (GISBH) akan dibentangkan dalam Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) serta Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM). Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, ia kemudian diikuti dengan permohonan perkenan Majlis […]

Cabaran Malaysia urus Islamfobia, guna Islam pupuk kebencian

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri mengakui Malaysia kini dalam keadaan ‘simpang siur’ apabila berdepan dengan dua cabaran iaitu Islamofobia dan kumpulan menggunakan Islam untuk menanam kebencian kepada semua pihak. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan komited untuk menangani kedua-dua cabaran ini dengan bijaksana dan berprinsip. “Pertama, kita berhadapan dengan pihak yang menghidupkan Islamofobia, yang menganggap Islam […]

Islam semakin subur di bawah Kerajaan Perpaduan

SHAH ALAM – Pas semakin galak memainkan naratif Islam terancam kerana kebimbangan parti itu terhadap kejayaan Kerajaan Perpaduan menyuburkan Islam di negara ini. Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Muktamar Pas terus memainkan isu bukan Islam naik kepala kerana […]