Timbalan Mufti Rusia puji kemajuan Malaysia

VLADIVOSTOK: Timbalan Mufti Rusia Rushan Hazrat Abbyasov menyifatkan Malaysia sebagai negara Islam yang telah melakar pelbagai kemajuan dan banyak boleh dipelajari dari negara ini. Rushan yang juga Timbalan Pengerusi Pertama Majlis Mufti dan Lembaga Agama Islam menyuarakan perkara itu semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam lawatan kerja dua hari di sini […]

Industri Halal tarik minat Rusia – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Industri halal yang terus berkembang dan meletakkan Malaysia pada kedudukan terbaik, telah menarik minat mendalam Rusia dalam sektor berkenaan. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan ketika pertemuan beliau dengan Timbalan Utama Pengerusi Majlis Mufti Rusia Rushan Hazrat Abbyasov, hari ini. Beliau berkata pertemuan turut menyentuh mengenai sistem perbankan Islam, latihan serta pembangunan keupayaan […]