Doakan kehancuran pemimpin menyimpang daripada Islam

IPOH, 13 Julai – Tindakan membaca Qunut Nazilah bagi mendoakan kehancuran dan menimbulkan rasa kebencian kepada pemimpin negara adalah perbuatan tidak bertanggungjawab. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, perbuatan itu jelas menyimpang daripada ajaran sebenar agama Islam yang menuntut umat Islam supaya menghormati dan melarang menghina para pemimpin. […]

Masih banyak pusat tahfiz tak berdaftar – TPM

KUALA NERUS: Banyak pusat tahfiz di negara ini masih tidak berdaftar yang boleh menimbulkan pelbagai risiko termasuk keselamatan pelajar, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, antara sebab pusat pengajian itu tidak berdaftar termasuk tidak dapat mengikuti syarat atau prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pihak berkuasa. Katanya, kegagalan itu menimbulkan […]

Anwar luang masa bertemu pendakwah tersohor AS, Omar Suleiman

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meluangkan masa bertemu pendakwah tersohor Amerika Syarikat (AS), Dr Omar Suleiman di kediamannya. Menerusi catatan di Facebook hari ini, Anwar berkata, pada pertemuan itu, mereka bertukar pandangan mengenai perkembangan Islam di AS dan dunia barat. “Kami turut berbincang mengenai ikhtiar merekayasa peranan strategik Malaysia dalam menyampaikan […]