Majlis Ilmu Madani bersama Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyeb

ALHAMDULILLAH…. Budaya ilmu terus disuburkan di Kompleks Seri Perdana. Dalam penganjuran terkini Majlis Ilmu Madani pada 3 Jun, hampir 500 tetamu memenuhi dewan program yang menyaksikan Sheikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar, Sheikh Prof. Dr. Ahmed Mohammed Al-Tayyeb menjadi tetamu undangan. Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Diraja Anwar Ibrahim ketika memulakan majlis menzahirkan penghargaan atas […]

Forum Madani Global anjuran IKIM kerjasama WADAH

INSTITUT Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Persatuan Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) akan menganjurkan Forum Madani Global pada 10 dan 11 Julai di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan akan dihadiri oleh Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Sheikh Dr. Ali Muhyiddin Al- […]

Program Pembinaan Karakter Generasi Madani Murid Johor (KARAMAH)

PROGRAM Pembinaan Karakter Generasi Madani Murid Johor (KARAMAH) Siri 1 2024 telah berlangsung pada 2 hingga 4 Julai di Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Ia merupakan anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor bersama Pejabat Ahli Parlimen Iskandar Puteri dan YADIM Negeri Johor. KARAMAH bertujuan melahirkan murid beradab, berakhlak dan berintegriti melalui aktiviti yang membentuk […]

Program memperkukuh penghayatan Aspirasi Malaysia Madani

YADIM Melaka dan Negeri Sembilan tidak ketinggalan menganjurkan program memperkukuh penghayatan Aspirasi Malaysia Madani di negeri tersebut. Pada 4 Julai, telah dianjurkan Seminar Kenegaraan Madani bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka. Seramai 200 siswa guru kampus tersebut menghadiri program ini. Penolong Pengarah Kanan Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan Kementerian Belia dan Sukan, […]

Program YADIM Interaktif: Jelajah Seminar Kenegaraan Madani Sarawak

SEKITAR Program YADIM Interaktif: Jelajah Seminar Kenegaraan Madani Peringkat 1 Divisyen di Dewan Bukavu Kem Penrissen Kuching, pada 4 Julai. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Yayasan YADIM Negeri Sarawak, Encik Awang Dulhadi Awang Mat selaku Seramai 18 pegawai, 163 anggota lain-lain pangkat Divisyen Pertama Infantri Malaysia dan 19 orang kakitangan awam Kementerian Pertahanan telah […]

Karnival Kerjaya Dan Sukan Anak Muda Madani 1.0.

LENSA Program YADIM Kolaboratif : Program Anak Muda Berselawat dan Ceramah Maal Hijrah Bersempena Karnival Kerjaya Dan Sukan Anak Muda Madani 1.0. Bertempat di Padang Sekolah Sultan Ibrahim (1) Pasir Mas, Kelantan, ia dihadiri 300 orang peserta dan ahli jemaah Masjid Sultan Muhammad III yang baru selesai menunaikan solat sunat Tasbih. Program dimulakan dengan alunan […]

Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H

WARNA Warni Majlis Perhimpunan Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H Bersamaan 2024 yang turut disertai kontinjen YADIM pada 7 Julai. Segak dan ayu berpakaian serba magenta, YADIM yang menghantar seramai 25 pegawai dan kakitangan, menyertai 118 lagi kontinjen yang memeriahkan sambutan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Tidak ketinggalan ialah Yang Dipertua badan dakwah ini, […]

Program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Kedah

PROGRAM Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani yang julung kali diadakan Kedah pada 6 Julai menyaksikan ia menerima sambutan sangat menggalakkan daripada penduduk Kampung Bok Bak, Baling. Lebih 400 orang penduduk menyertai program sehari anjuran Bahagian Khidmat Bakti YADIM dengan tumpuan penganjuran di Surau Al Falah di kampung berkenaan. Program dimulakan dengan solat Subuh berjemaah dan […]