‘Henti buat parodi kes Nik Elin demi raih populariti’ – Mohd Na’im
PUTRAJAYA: Pempengaruh media sosial diingatkan tidak mengambil kesempatan termasuk membuat parodi terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan membabitkan kes peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sehingga menimbulkan keresahan rakyat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menegaskan isu terbabit bukan perkara kecil dan ia perlu berdasarkan fakta yang tepat. “Mereka […]
Institusi zakat perlu selesaikan masalah asas kemiskinan tegar – Perdana Menteri
GEORGETOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan institusi zakat mesti memikul tanggungjawab menyelesaikan masalah asas berkaitan kemiskinan tegar di negara ini. Beliau berkata zakat tidak seharusnya dilihat sebagai institusi biasa atau bagi menjana pendapatan negara sahaja, sebaliknya ia adalah institusi penting yang dikaitkan dengan usaha membanteras kemiskinan. “Sebab itu kalau tanya saya dalam bicara […]
PM sedia bawa usul pinda RUU berkaitan Mahkamah Syariah ke Parlimen
Bukit Mertajam: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) untuk mengemukakan cadangan bagi memperbaiki mutu mahkamah syariah. Ia selari dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam Mesyuarat MKI kali ke-71 di Putrajaya semalam, sebagai usaha menurunkan suhu hangat politik berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan pada 9 […]
MKI terbuka bincang semua pihak untuk perkasa Mahkamah Syariah – PM
BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-Undang Islam, terbuka untuk berbincang dengan semua pihak, termasuk mana-mana parti politik. Perdana Menteri berkata jawatankuasa itu akan meneliti semua pandangan sebelum dibawa ke peringkat seterusnya. “Semalam Tun Zaki (Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi) dah […]
Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan pantau isu Mahkamah Syariah – Mohd Na’im
PUTRAJAYA: Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kehakiman Syariah Kebangsaan yang berperanan memantau sebarang isu membabitkan Mahkamah Syariah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pembentukan jawatankuasa di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) itu sudah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja. “Nama anggota jawatankuasa ini sudah dipersembah dan akan […]