Malaysia gesa Israel henti serangan di Rafah
PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk serangan secara besar-besaran Israel di bandar Rafah, dekat selatan Gaza dan menuntut rejim Zionis itu menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dengan segera. Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan serangan di bandar yang menjadi lokasi orang awam mendapatkan perlindungan itu akan meningkatkan lagi ketegangan dan merencatkan segala usaha bagi merealisasikan gencatan […]
‘Sama-samalah kita pelihara kemuliaan ayat suci daripada dihina orang yang jahil’ – Mufti Pulau Pinang
Georgetown: “Perbuatan membiarkan ayat suci al-Quran di tempat kotor tidak sepatutnya berlaku,” kata Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor, susulan tular gambar dua kepingan batu tertera tulisan Jawi dijadikan pelapik tidur anjing di sebuah premis perkakasan di Teluk Ayer Tawar, Butterworth di sini, baru-baru ini. Wan Salim berkata, perbuatan membiarkan ayat […]
Cari titik penyelesaian isu syariah dan undang-undang Malaysia – Mufti
GEORGETOWN: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berpendapat, amat wajar dicari titik penyesuaian atau keharmonian antara syariah dan undang-undang di Malaysia. Ia susulan kontroversi yang tercetus daripada keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 daripada 18 peruntukan di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan, baru-baru ini. Wan Salim berkata, usaha sedemikian […]
Jangan politikkan isu pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan- TPM Zahid
BAGAN DATUK: Keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 tidak perlu dipolitikkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid berkata ini kerana keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan itu berkait dengan peruntukan perundangan diluluskan oleh DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan dan bukannya berkenaan […]