Bengkel Pelan Strategik YADIM 2024

WALAUPUN Sudah banyak kejayaan yang dikecapi, warga badan dakwah ini diseru untuk tidak cepat berpuas hati, malah perlu berusaha lebih gigih lagi melestari gerakan dakwah. Demikian antara penegasan Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus ketika menyempurnakan perasmian Bengkel Pelan Strategik badan dakwah ini di Kota Bharu pada 18 September. Ujar beliau, setiap pegawai dan […]

Kunjung hormat ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP)

SEKITAR Kunjung Hormat sempena Program Dakwah Negara (PDN) 2024 ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) pada 3 September oleh Bahagian Kepimpinan Muda YADIM. Pihak JPWPP diwakili oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, Ustaz Hashrul Aidil Maslan dalam pertemuan ini, manakala pihak YADIM diwakili oleh Ketua Unit Sekolah, Bahagian Kepimpinan Muda, Cik Nathrah Mohammed […]

YADIM Negeri Selangor kunjung hormat ke Pejabat Ketua Jabatan Integriti dan Pemantauan Standard (JIPS)

YADIM Negeri Selangor pada 3 September telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Jabatan Integriti dan Pemantauan Standard (JIPS), Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. Kunjungan ini bertujuan menyemarakkan lagi aktiviti dakwah bersama pasukan keselamatan utama peringkat negeri terutamanya kepada pegawai dan anggota keselamatan di Selangor. Pertemuan tersebut antara lain membincangkan program-program dakwah secara bersama […]

Kunjungan hormat YADIM ke Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS)

RAKAN Strategik yang pelbagai dalam melestari gerakan dakwah bukan sahaja menawarkan pilihan pendekatan untuk usaha itu, tetapi juga memberi keunikan dan kekuatan serta fleksibiliti untuk tujuan itu. Justeru, YADIM sentiasa berusaha meluaskan dan menambah rakan kerjasama bagi melestari gerakan dakwah di negara ini. Bagi merealisasikan hasrat itu, YADIM pada 3 September telah mengadakan kunjungan hormat […]

YADIM Kolaboratif : Majlis Pentauliahan Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian

KONSISTEN Mendekati para pelajar dan remaja menerusi jalur pendidikan, YADIM Kelantan pada 3 September menganjurkan program YADIM Kolaboratif : Majlis Pentauliahan Pemimpin Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubang Kerian Sesi 2024. Bertempat di dewan terbuka sekolah tersebut, seramai 142 pemimpin dan exco pelajar menerima watikah pelantikan yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Haji […]

Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis menyertai lawatan kerja YBM

PENGARAH YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Ustaz Dr. Ahmad Mujahid Abdullah telah menyertai lawatan kerja Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar ke negeri Perlis pada 1 September. Antara yang dikunjungi beliau ialah pusat pendidikan Dar Al-Islah Islamic School di Mata Ayer. […]

Majlis Konvensyen KAFA Peringkat Kebangsaan kali ke 2

LENSA Majlis Konvensyen KAFA Peringkat Kebangsaan kali ke 2 yang diadakan di Dewan 2020, Kangar, Perlis pada 2 September. Titah perasmian konvensyen telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail manakala ucapan aluan telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), […]

Kelas bersiri Kuliah Hadis 40 Imam Nawawi di PUSPEN

WARGA Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) tidak harus dipandang negatif dan perlu didampingi agar mereka tidak terasing dengan masyarakat luar. Atas kesedaran itu, YADIM Negeri Selangor dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam Pusat Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sepang telah menggerakkan kelas bersiri Kuliah Hadis 40 Imam Nawawi setiap minggu sepanjang Program Dakwah Negara (PDN) berlangsung bermula […]

Kayuhan Merdeka sempena Kembara Hari Malaysia

LENSA Pelancaran Bulan Dakwah Negara peringkat Negeri Kedah dan Perlis serta Kayuhan Merdeka sempena Kembara Hari Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kechil Ilir pada 1 September. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, Dr. Ahmad Mujahid Abdullah. Turut hadir dalam pelancaran tersebut ialah Penolong Pengarah YADIM Negeri Kedah dan Perlis, […]

Program Sambutan Ambang Merdeka 2024 di KISAS

SEKITAR Program Sambutan Ambang Merdeka 2024 di Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pada 30 Ogos. Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Ustaz Haji Shamsul Ma’arif Ismail telah diundang memberi pengisian di hadapan 777 orang pelajar dan guru. Program dengan tajuk ‘Menghayati Erti Kemerdekaan Tanah Air’ itu dijayakan dengan kerjasama Persatuan Alumni Kolej Islam Klang.