Hospital Al-Shifa di Gaza kembali beroperasi

BANDARAYA GAZA: Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk dalam serbuan tentera Israel. “Walaupun terdapat banyak kerosakan yang disebabkan oleh penceroboh (Israel) terhadap infrastruktur (hospital)… Kementerian Kesihatan berjaya membuka semula jabatan dialisis dengan usaha yang luar biasa,” menurut kenyataan Kementerian Kesihatan pada Isnin lapor Agensi Anadolu. […]

Misi bantuan kemanusiaan ketiga Ops Ihsan ke Gaza berlepas 17 Dis

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini dimaklumkan bahawa misi penghantaran bantuan kemanusiaan ketiga Ops Ihsan ke Gaza, Palestin dijangka dilakukan pada 17 Dis ini. Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin berkata bantuan kemanusiaan itu akan membawa 60 tan barangan keperluan asas dengan kebanyakannya adalah barangan perubatan. “Jadi saya ingin menjemput kepada mana-mana Ahli Yang […]

Genjatan senjata di Gaza dilanjutkan selama dua hari

GAZA: Qatar pada Isnin mengumumkan bahawa jeda kemanusiaan di Semenanjung Gaza akan dilanjutkan selama dua hari lagi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA). Jeda kemanusiaan selama empat hari yang berkuat kuasa pada Jumaat lalu dilaksanakan selepas pencerobohan rejim Israel terhadap wilayah yang dikepung sejak 7 Okt. Sementara itu, Kementerian Luar dan Ekspatriat Jordan mengalu-alukan inisiatif berkenaan, […]

LZS lancar ‘Kempen Kongsi Rezeki dengan Zakat’ galak umat Islam tunai kewajipan

SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) melancarkan ‘Kempen Kongsi Rezeki dengan Zakat’ bermula semalam hingga 31 Dis ini, sebagai galakan dan seruan kepada umat Islam khususnya di Selangor untuk menyegerakan kewajipan zakat sebelum berakhir 2023. Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata, kempen yang membawa tema ‘Sedikit Bagi Anda, Segalanya Buat Mereka’ itu […]

Untung bersih sembilan bulan Bank Islam naik kepada RM394.8 juta

KUALA LUMPUR: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) merekodkan keuntungan bersih RM394.8 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2023, meningkat 7.9 peratus berbanding tempoh sama pada 2022. Perolehan kumpulan bagi tempoh dikaji meningkat 33 peratus kepada RM3.36 bilion berbanding RM2.53 bilion tahun lalu, dipacu oleh pertumbuhan pembiayaan sihat dan pendapatan bersih. Pencapaian yang […]

MAIWP belanja lebih RM700,000 wang zakat, manfaat kira-kira 170,000 individu

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membelanjakan RM733,262,510 melalui wang zakat dikutip di Wilayah Persekutuan, yang memanfaatkan kira-kira 170,000 golongan asnaf fakir dan miskin setakat Oktober lepas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata pada masa ini, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ), mengguna […]

Kerajaan kaji rangka undang-undang berkaitan AI dari sudut Islam

Kuala Lumpur: Kerajaan akan melihat sama ada undang-undang berkaitan teknologi kecerdasan buatan atau ‘artificial intelligence (AI) perlu dirangka atau sebaliknya dari perspektif Islam. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya akan berbincang bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Sains, […]

Team Dapur MADANI sedia makanan bermasak untuk mangsa bah

KUALA NERUS: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu menubuhkan Team Dapur MADANI menyediakan makanan bermasak kepada mangsa banjir di negeri ini. Pengarahnya, Nasrul Hadi Saiadin, berkata makanan berkenaan disediakan secara bergotong-royong untuk mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) dan turut diagihkan kepada penghuni rumah yang turut terjejas dengan bencana berkenaan. “YADIM menyediakan 300 bungkus […]

‘Tuduh orang kafir, kekufuran kembali kepada pihak menuduh’ – Mufti

GEORGETOWN: Mana-mana individu tidak berhak menentukan status akidah seseorang termasuk sama ada mereka kafir atau sebaliknya, tegas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. Ini kerana, katanya hal berkenaan hanya boleh diputuskan pemerintah atau Mahkamah Syariah. Beliau berkata, masyarakat perlu diberi kefahaman bahawa perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam dilarang dengan sesiapa menuduh […]

Sultan Selangor lancar E-Khutbah

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan laman web Khutbah Selangor (e-Khutbah Selangor) yang mengandungi semua teks khutbah diterbitkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sultan Sharafuddin bertitah laman web berkenaan menghimpunkan koleksi 23 tahun khutbah bertulisan jawi dan rumi yang terdiri daripada koleksi khutbah dibacakan pada setiap solat Jumaat, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha serta solat […]