Semua pihak perlu akur larangan ahli politik beri kuliah di masjid – Anwar

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini. –fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua pihak perlu menghormati dan akur terhadap arahan pihak berkuasa agama negeri mengenai larangan ahli politik menyampaikan kuliah atau ceramah politik di masjid dan surau. Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika ditemui media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini berkata soal kebenaran memberi […]

Sumbangan mangsa banjir Johor

SEGAMAT – Cakna dengan situasi semasa, YADIM ke Johor untuk menyantuni mangsa mangsa banjir di sana.. Lokasi pertama ialah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Tengah. YADIM menyumbang 200 pek makanan, 10 karton air mineral selain makanan sedia dimakan untuk mangsa banjir yang ditempatkan di pusat berkenaan. Perdana Menteri, Yang Amat […]

YADIM sedia gerak kesedaran penggiat seni sensitif isu akidah

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersedia menggerakkan pelbagai siri program kesedaran untuk para penggiat seni tempatan agar sensitif isu akidah. Ia susulan kontroversi filem Mentega Terbang yang didakwa sebagai penghinaan kepada Islam dan cuba menghasut pemikiran masyarakat Muslim untuk bebas menjadi murtad. Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zamri Zainal Abidin, mungkin pihak terbabit tidak menyedari […]

EU lantik Marion Lalisse tangani isu Islamofobia

PETALING JAYA: Kesatuan Eropah (EU) komited menangani isu islamophobia dalam kalangan negara-negara anggota selain menegaskan tidak pernah memandang ringan isu tersebut. Bagi menjayakan komitmen itu, EU melantik wakil dari benua berkenaan, Marion Lalisse untuk melihat, mengkaji dan mencadangkan usaha-usaha yang boleh dilakukan dalam menangani masalah berkenaan. Perkara itu ditegaskan Duta Delegasi EU ke Malaysia, Michalis […]

MAINJ arah masjid dijadikan PPS selepas mangsa banjir terpaksa tidur dalam kereta

YONG PENG: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengarahkan semua masjid utama dalam kawasan terjejas banjir dibuka sebagai Pusat Penempatan Sementara (PPS) selepas mendapati ada mangsa terpaksa tidur dalam kenderaan malam tadi ekoran kesesakan di penempatan sedia ada. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata pembukaan masjid utama sebagai […]

Rangka syarat pemberian PrEP, nyatakan penolakan seks songsang secara jelas – Mufti Perlis

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu merangka syarat-syarat pemberian ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) bagi memastikan tujuan manfaatnya terlaksana dan kemungkaran tidak dikembangkan. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA berkata penetapan syarat itu bertujuan untuk membendung kemungkaran, bukannya menghalang perlindungan kepada mereka yang boleh menjadi mangsa penyakit. Beliau berkata PrEP secara asas merupakan ubat […]

Sultan Selangor titah nazir guna ICT pantau aktiviti masjid

KLANG: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan nazir di semua masjid seluruh negeri memperuntukkan sebahagian daripada kewangan masjid bagi menyediakan kelengkapan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk merekod serta memantau semua aktiviti ceramah. Sultan Sharafuddin bertitah kelengkapan ICT di masjid akan memberi manfaat kepada pihak masjid dan ahli kariah kerana setiap perjalanan ceramah dibuat […]

Tawaran Menu Rahmah dijangka meningkat pada Ramadan

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mensasarkan lebih banyak premis makanan dapat menawarkan Menu Rahmah pada Ramadan yang dijangka hujung bulan ini. Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata berdasarkan sambutan oleh pengusaha pada masa ini, pihaknya menjangka jumlah premis yang menyediakan menu itu bertambah pada Ramadan. Sehingga ini, katanya, sebanyak […]

Pendaftaran, kemas kini STR bermula hari ini hingga 31 Mac

  KUALA LUMPUR: Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuka bermula 1 Mac sehingga 31 Mac 2023. Orang ramai boleh memohon secara dalam talian menerusi laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my atau secara manual atau fizikal dengan mendaftar di beberapa premis Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang ditetapkan. Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, ia bagi memastikan […]

Sewa tapak premis Bazar Ramadan Rahmah murah

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengharapkan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dapat mengurangkan harga sewa tapak premis di Bazar Ramadan Rahmah di seluruh negara pada bulan Ramadan ini. Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, peniaga di bazar tersebut akan dapat menjual makanan dan minuman dengan harga murah sekiranya kadar sewa […]