Masjidil Haram, Masjid Nabawi siar secara langsung solat tarawih Ramadan ini

KUALA LUMPUR: Pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan (KHEIDB) Arab Saudi berkaitan persediaan masjid-masjid di Arab Saudi untuk menyambut Ramadan 1444H yang tular baru-baru ini tidak terpakai kepada Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Memetik hantaran Facebook petugas di Konsulat Arab Saudi di Kuala Lumpur, Ahmad Fazrin Yahaya, pekeliling tersebut bukan perkara […]

Lihat anak bulan Ramadan Rabu depan

PETALING JAYA – Rabu depan (22 Mac) ditetapkan tarikh untuk melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan memaklumkan, tarikh melihat anak bulan Ramadan di Malaysia adalah pada petang, Rabu 22 Mac ini iaitu bersamaan 29 Syaaban 1444 Hijrah. Kata kenyataan itu, Majlis Raja-Raja bersetuju kaedah […]

42 anak yatim diraikan sempena Mahabbah MAIWP

BAGAN SERAI – Seramai 42 anak yatim diraikan dalam program Mahabbah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sempena Kursus Effective Leadership and Interpersonal Skills di Bukit Merah Laketown Resort di sini pada Isnin. Program yang mendapat kerjasama Pertubuhan Kebajikan Imam Bilal MAIWP (Perkib) merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melibatkan penghuni Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Tasawwur […]

Haram suami pukul muka isteri

KUALA LUMPUR – Suami tidak boleh memukul wajah isteri walaupun terjadi perselisihan yang dahsyat kerana hukumnya haram. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi ciapan di Twitter pada Isnin berkata, di alam perkahwinan, seorang suami tidak boleh memukul isteri. Menurut perkongsian tersebut, suami hanya boleh memukul isteri sebagai alternatif terakhir bagi tujuan mendidik dan tidak […]

Sultan Selangor ulangi ingatan masjid dan surau bukan medan politik

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sentiasa memastikan masjid dan surau bebas dari segala unsur politik. Titah baginda, masjid dan surau sepatutnya menjadi medan penyatuan umat Islam dan bukan tempat membina jurang disebabkan berbeza fahaman politik. “Beta mengambil kesempatan secara […]

Kunjungan Pejabat Agama Islam Daerah Jasin

PUYRAJAYA – YADIM hari ini (13 Mac) menerima kunjungan daripada Pejabat Agama Daerah (PAID) Jasin, Melaka di ibu pejabatnya yang berhasrat menjalin kerjasama lebih erat, khususnya dalam bidang dakwah di daerah berkenaan. Pegawai Tadbir Agama Daerah Jasin, Tuan Haji Muhammad Mawardi Haji Shafai berkata, antara hasrat pihaknya yang diharap dapat diadakan bersama dengan YADIM ialah […]

YADIM sertai Kursus Asas Bencana dan Pengendalian Bot

Kenapa hantar ikuti kursus mengendalikan bot ? Itu antara yang menjadi persoalan ramai ketika mula mula timbul cadangan supaya kakitangan badan dakwah ini terlibat dengan kursus berkenaan. Ada yang beranggapan tidak relevan namun sebenarnya YADIM mahu pastikan setiap gerak kerja yang dilaksanakan benar benar memberi impak dan berkesan bagi melestari gerakan dakwah. Justeru bertempat di […]

SAY Sabak Bernam sumbang kerusi roda untuk warga emas

SEKINCHAN – Tidak lagi mampu berjalan dan terpaksa bergantung kepada ahli keluarganya cukup menyukarkan untuk Puan Napisah Abdul Rahman, 91, dari Sungai Nibong, di sini. Saban hari memerlukan bantuan untuk menguruskan dirinnya… jika boleh sudah tentu beliau tidak mahu menyusahkan orang lain. Prihatin dengan keadaan beliau, Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam pada 4 Mac lalu […]

Mendaulatkan Islam, memperkasakan MKI

ALHAMDULILLAH, Beta bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat daripada-Nya juga, Beta dapat berangkat, seterusnya mempengerusikan MKI kali ke-69 yang Beta pengerusikan buat julung-julung kalinya ini. Pada hemat Beta, mesyuarat MKI yang diadakan pada pagi ini membuka satu lembaran baharu dalam usaha mendaulatkan Islam di Malaysia. Justeru, Beta juga ingin merakamkan sekalung penghargaan […]

YADIM, KUIS pererat kerjasama pelbagai bidang

PUTRAJAYA – Hubungan antara Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dengan YADIM sudah terjalin sekian lama. Maka tidak hairan pelbagai program dan kerjasama diadakan bersama yang membawa manfaat kepada keduanya. Hubungan baik itu dieratkan lagi hari ini (7 Mac) dengan kunjungan hormat yang diadakan oleh KUIS ke ibu pejabat badan dakwah ini di Putrajaya. Kedatangan […]