YADIM Interaktif : Kursus  Sembelihan Pemuda Qariah Masjid Cherok To’ Kun

BUKIT MERTAJAM – Penyampaian dakwah bukan semata mata bertujuan mengajak masyarakat ke arah kebaikan, namun sebaiknya ia juga sewajarnya diisi dengan ilmu sebagai panduan. Sesuai dengan itu, YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama Pemuda Qariah Masjid Cherok To’ Kun Bawah, Bukit Mertajam pada 18 Jun telah mengadakan program YADIM Interaktif : Kursus  Sembelihan kepada pemuda qariah […]

YADIM Interaktif: Motivasi Pelajar Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3

KOTA BHARU – Bertujuan mengasah bakat kepimpinan pelajar, YADIM Kelantan mengadakan program YADIM Interaktif: Motivasi Pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian 3, Kota Bharu pada 19 Jun. Seramai 500 kepimpinan pelajar sekolah menyertai program ini yang diadakan di Eureka Square di sekolah tersebut. Ceramah telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang. […]

Majlis ilmu madani beri lebih kefahaman kepada konsep negara madani – PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penganjuran Majlis Ilmu MADANI adalah selari dengan usaha memberi kefahaman tentang maksud negara MADANI yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan beliau kepada orang ramai. Beliau berkata ia terutamanya melibatkan nilai asas pembentukan negara MADANI iaitu akidah yang kukuh, akhlak yang baik serta pembentukan sahsiah maknawiyah. “Gunakan ini untuk […]

Kursus pengurusan jenazah wanita untuk warga Yan, Kedah

YAN – Pengetahuan untuk menguruskan jenazah sewajarnya dimiliki semua, bukan sekadar badan khairat kematian semata mata. Cakna dengan itu, pada 18 Jun YADIM Kedah telah menganjurkan program Pengurusan Jenazah Wanita di Masjid Ahmadiah, Yan, Kedah yang bertujuan memberi pendedahan mengenai ilmu ini untuk masyarakat. Seramai 50 peserta wanita telah menyertai kursus selama setengah hari ini, […]

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 29 Jun ini

SHAH ALAM – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun ini iaitu bersamaan dengan 10 Zulhijah 1444 Hijrah. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman pada Ahad. “Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, […]

Tahsin Ibadah Pengurusan Jenazah di Kampung Pengkalan Lebai Man

PROGRAM Tahsin Ibadah Pengurusan Jenazah anjuran YADIM Kedah telah berlangsung di Masjid Saidina Bilal Ar Rabah, Kampung Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani pada 17 Jun. Bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tatacara pengurusan jenazah yang betul menurut Islam, ia disertai kira kira 60 peserta. Mereka ditunjukkan kaedah memandikan jenazah, mengkafan jenazah dan cara cara solat […]

Fungsi JAKIM bukan setakat jaga agama

JITRA: Kerajaan menafikan bersikap Islamis atau cuba menerapkan konsep Islam secara lebih kukuh dalam pentadbiran apabila memperluaskan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ke kementerian lain di negara ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tuduhan yang dilemparkan segelintir orang bukan Islam itu menunjukkan mereka tidak faham kepentingan mendidik umat Islam mengenai konsep Islam […]

Kerajaan peruntuk RM8.9 juta bantu institusi pendidikan Islam di Kedah

JITRA – Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM8.9 juta bagi membantu institusi-institusi pendidikan Islam di Kedah meningkatkan lagi tahap dan mutu pendidikan di negeri itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM6.4 juta diperuntukkan untuk membaik pulih dan menaik taraf kemudahan pendidikan bagi institusi pendidikan Islam termasuk sekolah Kelas Al-Quran […]

Silaturahim tidak harus diputuskan walau dengan apa sebab

Bukan lagi rahsia, insiden bermasam muka, mengelak daripada menyapa, tuduhan kafir mengkafir, enggan berimamkan solat dan pelbagai lagi perkara yang lebih teruk telah berlaku akibat perbezaan politik di negara ini. Sedangkan yang bermasam muka, yang dikafirkan itu adik beradik, sesama saudara, yang tinggal dalam komuniti bersama. Umat Islam di negara ini, sememangnya sedar adalah amat […]

Dialog silang budaya Malaysia Hong Kong

YADIM Johor bersama rakan strategik Waqaf Annur Corporation, MACMA Cawangan Johor dan PERKIM Cawangan Johor diberi peluang menyusun program sempena program silang budaya Malaysia Hong Kong anjuran Southern University College pada 15 Jun. Ia bertujuan menghilangkan salah faham berkenaan Islam dan menyampaikan keindahan agama ini. Seramai 51 pelajar bukan Muslim berbangsa Cina menyertai program ini […]