Saja ‘busukkan’ nama baik agamawan

Kuala Lumpur: “Saya pernah didatangi individu ketika berada di lapangan terbang yang memberitahu mereka melabur sehingga RM50,000 selepas tertarik dengan ‘pelaburan patuh syariah’ kononnya dibuat oleh saya.” Begitu kata Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff yang menafikan pembabitannya dalam sebarang […]

Ramah mesra bersama guru guru pondok Kelantan

SEBAGAI Sebuah badan dakwah, institusi pondok mempunyai hubungan istimewa dengan YADIM. Dalam lawatan kerja di Kelantan ketika ini, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin mengambil kesempatan bertemu dengan Mudir Pondok Al Islahian Jelawat, Bachok, Baba Zulkarnain Bin Harun pada 25 Jun. Mereka duduk berbincang panjang mengenai pelbagai isu seperti pendidikan, gerak kerja dakwah […]

Yadim galak Orang Asli menabung laksana ibadah korban

KOTA BHARU – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kelantan akan membantu Orang Asli di negeri ini untuk melaksanakan ibadah korban sendiri pada masa akan datang. Pengarahnya, Mahadi Awang berkata, usaha itu sudah digerakkan dengan menggalakkan mereka untuk membuat tabungan bermula RM10 sehingga RM50 sebulan sehinggalah tiba bulan Zulhijjah. “Dengan cara ini mereka dapat melaksanakan sendiri […]

Sumbangan kepada 30 keluarga di Manggatal

YADIM menyantuni 30 keluarga asnaf yang memerlukan di Masjid An-Nur Kampung Rampayan, Manggatal pada 22 Jun. Diadakan sempena program Siaran Langsung Forum Anjung At Taqwa bersama Sabah.FM, sumbangan berkenaan disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus kepada wakil wakil keluarga berkenaan. Terdahulu forum selama sejam itu menampilkan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibul […]

Kunjungan kepada Timbalan Mufti Sabah

“KALAU Perlu ikut, saya ikut. InsyaAllah untuk dakwah. “YADIM di Sabah memang aktif, dan kita pun sudah lama bekerjasama erat,” kata Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibul Fadilah Datuk Ustaz Haji Abdul Manap bin Lakariba ketika menerima kunjungan YADIM di pejabatnya pada 22 Jun. Terima kasih diucapkan atas komitmen yang ditunjukkan untuk sama sama kita […]

Jemputan bersama perkasa PERMUDA

KOTA KINABALU – YADIM dijemput sama terlibat dalam lebih banyak program pembangunan belia di negeri Sabah, antaranya menerusi program Perintis Muda (PERMUDA) di bawah seliaan Majlis Belia Sabah (MBS). Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, PERMUDA boleh bertindak sebagai penghubung antara mahasiswa dengan kerajaan. YADIM ujar beliau, memang […]

Elaun guru KAFA, Imam Rawatib di Sabah dinaikkan

KOTA KINABALU: Seramai 2,490 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan 1,605 Imam Rawatib di Sabah menerima kenaikan RM100 bagi bayaran elaun bermula bulan ini, antara lain bertujuan meringankan kos sara hidup yang semakin meningkat. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menerusi jawapan secara bertulis dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 25 Mei lepas kepada Ahli […]

Ketua Menteri sambut baik pembinaan Pusat Komuniti Saudara Kita

CADANGAN Pembinaan Pusat Komuniti Saudara Kita milik YADIM di Tuaran disambut baik Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. Ujar beliau, sebarang inisiatif pembangunan dan penyebaran dakwah di Sabah sentiasa dialu alukan malah akan dibantu pihaknya. Cadangan pembinaan tersebut antara yang dimaklumkan kepada Datuk Seri Panglima Haji Hajiji […]

Kunjungan hormat YADIM ke Yang Dipertua Negeri Sabah

KOTA KINABALU – Kunjungan hormat ke Yang Dipertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin memulakan siri program sempena lawatan kerja pengurusan tertinggi YADIM ke Sabah bermula 21 Jun. Berterima kasih dan mengalu alukan keberadaan YADIM di Sabah, Tun Juhar berharap agar lebih banyak program dakwah […]

Mohd Na’im ke Arab Saudi bagi lawatan kerja dan tunai haji

SEPANG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini berangkat ke Arab Saudi bagi mengadakan lawatan kerja serta menunaikan haji. Beliau memilih untuk melaporkan diri di Kompleks Haji Sepang, Pusat Konvensyen Movenpick, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini bersama-sama 283 jemaah haji lain, sebelum menaiki bas […]