Henti polemik kaum, belajar hadis untuk murid Islam – Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak menghentikan polemik perkauman kerana semua rakyat dijamin hak sama rata dan keadilan. Merujuk modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang dilancarkan Kementerian Pendidikan pada 19 Ogos lepas, Anwar berkata ia hanya disasarkan kepada murid beragama Islam dan tiada paksaan bagi bukan Islam untuk mempelajarinya. “Mata pelajaran ini […]

‘Tanggungjawab saya baiki ketidakfahaman orang Islam terhadap ajaran Islam’ – Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan adalah menjadi tanggungjawab orang Islam termasuk dirinya sendiri untuk memperbaiki ketidakfahaman orang Islam terhadap ajaran agama itu. Perdana Menteri berkata, dengan cara itu sahaja dapat mengekang orang Islam sendiri yang cuba memanipulasi serta mengeksploitasi agama Islam sehingga dilabel sebagai fanatik serta pelampau agama. Beliau memberi contoh tanpa menamakan […]

SAMBUTAN Kemerdekaan Negara turut disemarakkan Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam pada 31 Ogos. Bukan sekadar mengibar bendera dan berarak, beberapa pengisian lain seperti pertandingan memanah, pertandingan busana merdeka, pertandingan mewarna kanak kanak, pertandingan menghias pulut kuning, deklamasi sajak serta sesi Kenali Ubat Anda diadakan. Sesuai dengan konsep kerjasama, program di Pusat Latihan Sukan Memanah Dan […]

Ziarah Kasih SMIDAH, Sandakan oleh YADIM

LENSA Ziarah Kasih Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Darul Hassanah (SMIDAH), Sandakan oleh YADIM pada 1 September. YADIM diketuai Yang Dipertuanya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dalam kunjungan ini menyantuni lebih 60 pelajar yang terlibat. Beliau menyampaikan tazkirah dan motivasi kepada para pelajar SMIDAH dalam program ringkas tetapi bermakna ini. Antara yang disentuh ialah tentang betapa bertuahnya […]

Sarawak tidak menentang pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40

KUCHING: Pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi tidak menjadi masalah, sekiranya hanya melibatkan sekolah pelajar Islam di bawah Kementerian Pendidikan. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak, Datuk Roland Sagah bagaimanapun berkata pelaksanaan tersebut perlu diperincikan dengan lebih lagi sebelum ia dilaksanakan. “Jadi, sekiranya pelajar bukan Islam mahu menambah ilmu dengan mengikuti pelajaran hadis tersebut, […]

“Jangan lafaz taklik sesuka hati” – Menteri Agama

KUALA LUMPUR: Perbuatan suami melafazkan taklik yang dikaitkan dengan penceraian talak tiga sesuka hati terhadap isteri adalah perbuatan tidak bertanggungjawab. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, dari sudut hukum, lafaz taklik yang telah dibuat tidak boleh ditarik balik. “Apabila taklik ini melibatkan penceraian dengan talak tiga dengan […]

PM tegur pihak yang fobia berkaitan Islam

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  menegur sikap segelintir masyarakat bukan Islam yang seolah-olah menjadi fobia setiap kali mendengar perkara mengenai Islam. Ini berikutan bantahan segelintir pihak mengenai pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang disasarkan kepada murid beragama Islam di sekolah agama dan sekolah bantuan kerajaan. Anwar berkata, tujuan beliau […]

Pelihara kemerdekaan tanpa pemikiran, budaya songsang LGBT

KOTA BHARU – Kemerdekaan ke-66 tahun yang dikecapi negara perlu dipelihara oleh seluruh rakyat tanpa pemikiran atau budaya songsang seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mahu pun hiburan secara berlebihan. Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, semua individu terutama generasi baharu wajib belajar dan menghargai pengorbanan yang dilakukan generasi terdahulu demi meraih […]

Umat Islam usah jadi pemecah-belah, cetus provokasi – Mohd. Na’im

PUTRAJAYA: Umat Islam perlu menjadi qudwah (ikutan baik), menyerlahkan sifat rahmah serta menghilangkan syak wasangka dalam hidup bermasyarakat di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, ini termasuk menterjermahkan aplikasi Fiqh Taáyush dalam kehidupan seharian, agar keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia dapat terus disuburkan. Beliau turut […]

Pandangan pisahkan madani dan agama dengan sekularisme adalah salah, terpesong

PETALING JAYA: Pandangan bahawa gagasan Malaysia Madani yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memisahkan madani dan agama dengan dakwaan sekularisme adalah salah dan terpesong, kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil. Beliau berkata, Malaysia Madani yang diperkenalkan Perdana Menteri perlu difahami dengan konsep dan […]