Program Wacana Malaysia Madani di Sabah

PENDIDIKAN Sentiasa menjadi keutamaan YADIM. Ia diterjemahkan menerusi pelbagai penganjuran program melibatkan bukan sahaja pelajar, tetapi juga warga pendidik di seluruh negara. Sabah menjadi lokasi terbaharu program sedemikian apabila pada 15 September, dianjurkan program Wacana Malaysia Madani bersama Pengetua, Penolong Kanan dan Guru-Guru Pendidikan Islam di negeri tersebut. Seramai 350 peserta warga pendidik menyertai program […]

Program Pengurusan Jenazah Wanita

SELEPAS Hospital Kulim baru-baru ini, YADIM Kedah/Perlis telah menganjurkan program Pengurusan Jenazah Wanita yang dianjurkan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Kubang Pastu dan Asrama Akhlak (P) Jitra. Selain objektif memberi pendedahan ilmu kepada para peserta, program ini juga berhasrat menyantuni remaja di asrama berkenaan, bagi menunjukkan mereka sentiasa tidak dilupakan. Program setengah hari pada 15 September […]

Santuni warga emas di Rumah Bait Al Mawaddah, Shah Alam

BERTEMPAT di Rumah Bait Al Mawaddah, Shah Alam, Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan Bait Al Mawaddah pada 14 September telah menyantuni warga emas yang berada di sana. Selain perkongsian ilmu oleh YADIM, beberapa warga emas juga berkongsi pengalaman kesukaran menempuh kehidupan ketika zaman sebelum kemerdekaan negara. Ketua […]

Butik Hasnuri Sdn Bhd menaja jersi bagi para pelatih ADMY

UNTUK Tahun kedua berturut-turut Butik Hasnuri Sdn Bhd telah bermurah hati menaja jersi bagi para pelatih Akademi Daie Muda YADIM bagi kegunaan sepanjang empat bulan latihan mereka. Terbukti menarik, lasak dan praktikal, jersi berkenaan nyata memudahkan dan jelas sangat berguna untuk 28 pelatih bagi tahun ini. Butik Hasnuri Sdn Bhd telah ditubuhkan oleh pasangan suami […]

YADIM Kedah/Perlis: Program Peduli Remaja

MOTIVASI Diperlukan sebagai pendorong bagi kita melakukan sesuatu hingga berjaya, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar. Justeru, bagi memantapkan motivasi di kalangan pelajar, YADIM Kedah/Perlis dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Badong, Merbok telah menganjurkan program Peduli Remaja kepada pelajar sekolah berkenaan pada 14 September. Bertempat di surau sekolah berkenaan, seramai 350 pelajar terdiri daripada […]

Podium Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor 2, Bachok

LENSA Program YADIM Kolaboratif: Podium Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beris Panchor 2, Bachok pada 14 September. Ia dihadiri seramai 20 orang murid Tingkatan 5 yang diadakan di sekolah berkenaan. Perkongsian minda telah disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang yang turut merasmikan program tersebut.Hadir sama ialah Pengetua SMK Beris Panchor 2, Encik Law […]

YDP YADIM berkunjung menemui Presiden MAPIM

HUBUNGAN Erat YADIM dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) membolehkan keduanya sama-sama menyantuni pelbagai lapisan masyarakat negara ini. Mengukuhkan lagi jalinan itu, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hassanudin Mohd Yunus telah berkunjung menemui Presiden MAPIM, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid pada 12 September bagi mengadakan perbincangan bentuk-bentuk program yang boleh diadakan bersama pada masa akan […]

Pameran dan kaunter infak YADIM di Kolokium Penyelidikan anjuran INTAN

YADIM Telah dijemput menyertai pameran dan membuka kaunter infak bersempena Kolokium Penyelidikan di bawah program Bitara Tahunan anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Program dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam itu berlangsung pada 13 dan 14 September. Menerusi pembukaan kaunter, Bahagian Pelaburan dan Penajaan YADIM membuka peluang pengunjung kolokium menyumbang dan menyertai […]

Elaun pegawai masjid dan surau di Selangor dinaikkan

Shah Alam: Seramai 2,660 pegawai masjid dan surau di Selangor menerima kenaikan elaun bermula 25 Oktober ini. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seramai 760 imam akan menerima bayaran bulanan yang ditingkatkan dari RM1,300 ke RM1,500 sebulan yang akan diselaraskan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Katanya, elaun 1,900 nazir, bilal, dan […]

Tabung Haji sasar lebih 50 peratus umat Islam miliki akaun TH

Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) menyasarkan lebih 50 peratus umat Islam di negara ini akan memiliki akaun dengan Tabung Haji menjelang akhir 2024. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, sehingga kini, TH sudah menguruskan 1.5 juta jemaah haji untuk menunaikan rukun Islam yang kelima, di samping […]