AMERIKA SYARIKAT HILANG KELAYAKAN BERCAKAP ISU KEMANUSIAAN

YADIM bersama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) menolak usul dikemukakan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk meluluskan resolusi genjatan senjata kemanusiaan segera dalam konflik antara Israel dan Hamas di Gaza. Ini sekaligus mengesahkan mereka sudah hilang kelayakan bercakap apa-apa pun dalam isu kemanusiaan apatah lagi memperjuangkan kemanusiaan sedangkan […]

Eksport halal Malaysia RM44.17 bilion sehingga Oktober

KUALA LUMPUR: Nilai eksport bagi industri halal negara sehingga Oktober ini bernilai RM44.17 bilion, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong. Beliau berkata pada tahun lalu, nilai eksport sektor halal Malaysia yang meliputi produk barangan makanan dan minum, bahan ramuan dan produk kosmetik melonjak 64 peratus kepada RM59.46 bilion berbanding pada […]

BSN dinobat anugerah produk simpanan Islamik terbaik di Malaysia

PETALING JAYA: Bank Simpanan Nasional (BSN) dinobat Anugerah Produk Simpanan Islamik Terbaik di Malaysia menerusi produk utamanya iaitu BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP). Anugerah berprestij itu diumumkan dalam Majlis Anugerah Perbankan Runcit Islam (IRBA) 2023 ke-9 di Manama, Bahrain. BSN dalam kenyataan memberitahu, pencapaian ini adalah seiring dengan komitmen BSN untuk memupuk budaya menyimpan, menawarkan produk […]

Agong dukacita, kesal AS guna kuasa veto

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita dan kesal terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto menolak Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi menggesa gencatan senjata antara rejim Zionis Israel dan Palestin, baru-baru ini. Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Datuk Zahari […]

KDN perlu pantau amalan doa laknat – Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memandang serius trend doa laknat sesama Islam yang berbeza pandangan politik di negara ini. Ini kerana ia tidak sihat untuk perpaduan sehingga boleh mengakibatkan huru-hara dalam kalangan semua kaum jika dibiarkan berterusan. Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau tidak bersetuju sekiranya amalan doa laknat terhadap […]

Malaysia sangkal dakwaan gencatan senjata di Gaza ‘hanya tanam benih untuk perang seterusnya’

PUTRAJAYA: Malaysia menolak dakwaan bahawa gencatan senjata segera di Gaza akan “hanya menanam benih untuk perang seterusnya.” Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa serangan besar-besaran yang berterusan oleh Israel terhadap mereka yang tidak bersalah di Gaza dan wilayah yang diduduki di Palestin menimbulkan ancaman sebenar kepada keamanan dan penyelesaian dua negara. […]

Konsep MADANI inklusif, lindungi semua kaum – Anwar

KUALA LUMPUR: Semua masyarakat di negara ini harus menerima kenyataan bahawa Islam adalah agama Persekutuan tanpa ada kewujudan sebarang prasangka. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bagaimanapun kerajaan MADANI akan melindungi orang ramai tanpa mengira latar belakang agama mereka. Mengulas lanjut, beliau berkata sentimen yang mendakwa Kerajaan Perpaduan hanya eksklusif untuk Melayu dan Islam […]

Gerakan Islam perlu kerja kuat – Anwar

KUALA LUMPUR: Gerakan Islam perlu bekerja lebih kuat, tersusun dan bersungguh-sungguh dalam memberi pencerahan kepada umat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerusi catatan di Facebook hari ini berkata tatkala ilmu yang terbatas serta asakan pemikiran Barat yang kuat, gerakan ini perlu menumpukan pengisian dari sudut peningkatan kefahaman mendalam. Perkara itu disampaikan Anwar pada Majlis […]

Denmark lulus undang-undang haram pembakaran al-Quran

Copenhagen: Parlimen Denmark, pada Khamis lalu, mengguna pakai undang-undang yang mengharamkan ‘layanan tidak wajar’ kepada teks keagamaan, terutamanya pembakaran Al Quran selepas beberapa siri pembakaran kitab suci Islam itu membangkitkan kemarahan beberapa negara Islam, pada musim panas lalu. Rang undang-undang itu, yang melarang layanan tidak wajar terhadap tulisan dengan kepentingan agama yang signifikan untuk komuniti […]

Sultan Selangor sekali lagi tegaskan masjid, surau perlu bebas pengaruh politik

SHAH ALAM: Masjid dan surau perlu bebas daripada sebarang pengaruh dan elemen politik kepartian bagi memelihara kesuciannya sebagai tempat yang menjadi medium penyebaran dakwah serta pusat ibadah umat Islam. Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Muhammad Farhan Wijaya ketika membacakan khutbah Jumaat berkata, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan masjid dan surau perlu bebas daripada aktiviti […]