KEM Kenegaraan Mahasiswa Madani oleh KEMUDA YADIM

KEM Kenegaraan Mahasiswa Madani buat julung kalinya dianjurkan oleh Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) dengan kerjasama pertubuhan Asatizah Negeri Selangor (ANAS) pada 18 November di Institut Latihan Dakwah YADIM, Hulu Langat. Kem yang dianjurkan selama tiga hari dua malam ini bertujuan melahirkan mahasiswa yang cakna tentang perkembangan semasa dan kenegaraan dengan prinsip nilai teras Malaysia Madani. […]

SAY Kuala Langat menyantuni keluarga miskin dan anak yatim

SUKARELAWAN YADIM (SAY) Kuala Langat tidak pernah lupa untuk menyantuni penduduk yang memerlukan di daerah berkenaan setiap Jumaat. Pada 17 Julai, 20 keluarga miskin dan anak yatim di Kampung Sungai Rambai, Kampung Telok Mengkuang, Kampung Jenjarum dan Kampung Sijangkang telah disantuni menerusi pemberian makanan dan beras. Pengerusi SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Mahidin dan ahli […]

Kunjung hormat daripada Japan Dakwah Centre (JDC), Persatuan Anak Melayu Johor (PMAJ) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)

YANG Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus menerima kunjung hormat daripada Japan Dakwah Centre (JDC), Persatuan Anak Melayu Johor (PMAJ) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) pada 17 November bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan dakwah di negara Jepun. JDC diwakili oleh Encik Usamah Johar, PMAJ pula oleh Encik Hairum Mahfudz, manakala DPIM diwakili oleh Encik […]

program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di SMK Cheneh Baru, Kemaman

PROGRAM dakwah anjuran Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui YADIM Terengganu ternyata mendapat tempat di hati penduduk Felda Neram, Kemaman, Terengganu. Ia jelas apabila lebih 4,000 penduduk Felda Neram 2, Kemaman daripada pelbagai lapisan umur mengambil bahagian menyertai program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheneh Baru, Kemaman pada 16 November. SEBATI […]

Forum Dakwah Khas: ’Palestin Menangis Lagi, Kami Bersamamu’

MENERUSKAN Program kesedaran dan peduli terhadap keadaan yang menimpa saudara seagama di Palestin, YADIM Terengganu dengan kerjasama Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Kemaman menganjurkan Forum Dakwah Khas bertajuk ’Palestin Menangis Lagi, Kami Bersamamu’ pada 15 November. Hampir 700 peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan KKTM Kemaman hadir mendengar pengisian yang disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, […]

Kunjung hormat KEMUDA YADIM ke Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya

BERTINDAK Proaktif untuk merancang program-program yang bakal dilaksanakan tahun hadapan, Unit Institut Pendidikan Guru (IPG), Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM telah mengadakan satu kunjung hormat ke Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya pada 16 November. Kunjungan diketuai Pengarah KEMUDA, Encik Shahrizal Mat tersebut antaranya membincangkan perancangan program untuk Rakan Siswa YADIM di 27 IPG seluruh negara. […]

Program Bicara Dakwah Khas di Sekolah Menengah Islam (SMI) Al Amin, Kemaman

LENSA Program Bicara Dakwah Khas di Sekolah Menengah Islam (SMI) Al Amin, Kemaman pada 15 November. Program dengan tajuk ‘Ibrah Peristiwa Palestin’ itu disampaikan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus kepada lebih 300 peserta. Menerusi program ini, beliau menekankan betapa umat Islam seluruh dunia perlu peka dan cakna dengan apa yang berlaku di […]

Seminar Kenegaraan Madani anjuran YADIM Terengganu

SEMINAR Kenegaraan Madani anjuran YADIM Terengganu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) di Pusat Kokurikulum Negeri Terengganu, Kuala Berang telah dihadiri lebih 400 peserta pada 15 November. Program dimulakan dengan ucapan aluan Ketua Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta JPNT, Encik Amir Syarifudin Abdullah sebelum Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin, menyampaikan […]

Tabayyun dulu sebelum terus sebar tular

HANYA kerana sebuah video pendek berdurasi enam saat, habis musnah kehidupan seseorang akibat salah faham dan fitnah yang dilemparkan. Itu terjadi kepada seorang pemandu bas wanita yang difitnah melakukan aksi tidak senonoh bersama seorang lagi pemandu lelaki di bawah syarikat sama. Video dirakam itu tular sehingga mendapat kecaman sebelum seorang wanita yang juga saksi kejadian […]

JAWI komited laksana program bimbingan Al-Quran, fardhu ain kepada OKU

KUALA LUMPUR:  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama pelbagai agensi komited melaksanakan agenda dakwah kepada masyarakat Islam khususnya di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menerusi program pengukuhan dan kefahaman Islam serta kebajikan. JAWI dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penekanan diberikan terhadap usaha pengislahan masyarakat melalui metodologi dakwah bil lisan dan dakwah bil hal kepada semua […]