Program Bicara Anak Muda kepada atlet perahu layar

MENGAMBIL Tanggungjawab melaksanakan dakwah kepada semua, YADIM Kedah dan Perlis dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) telah mengadakan program Bicara Anak Muda kepada atlet perahu layar pada 20 Oktober. Pengisian program kerohanian ini diadakan di Dewan Pusat Latihan Perahu Layar di Langkawi. Penceramah diundang adalah PU Yeop yang memberi pengisian kepada lebih 50 peserta terdiri […]

Townhall Model Kepimpinan Mahasiswa Madani

SESI Townhall Model Kepimpinan Mahasiswa Madani bersama Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin telah berlangsung pada 20 Oktober. Sesi ini merupakan kemuncak pengisian Konvensyen Mahasiswa Madani pada hari kedua program dengan penglibatan 350 orang peserta daripada Majlis Pimpinan Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia. Tuan Haji Zamri turut menyantuni barisan pimpinan Rakan Siswa […]

SAY Kuala Langat menyantuni 23 keluarga miskin dan yatim

KAMPUNG Telok Mengkuang, Telok Panglima Garang, Jenjarom dan Kampung Sijangkang menjadi lokasi terkini agihan makanan oleh Sukarelawan YADIM (SAY), Kuala Langat. Kali ini program pada 20 Oktober itu menyantuni 23 keluarga miskin dan anak yatim. Haji Hasmawi Haji Mahidin selaku Pengerusi SAY Kuala Langat dan ahli jawatankuasanya, Encik Roslan Haji Yaacob telah menyampaikan agihan makanan […]

DIALOG Siswa TVET Madani

DIALOG Siswa TVET Madani dengan tajuk ‘Kepimpinan Mahasiswa High Impact Dalam Membangun Negara Madani’ telah berlangsung di Politeknik Ungku Omar sempena Konvensyen Mahasiswa Madani pada 20 Oktober. Dialog ini telah dikendalikan oleh Saudara Muhammad Syahmi Aqil Mohd Syahrem, Yang Dipertua Majlis Pimpinan Pelajar POLYCC selaku moderator. Panel forum yang pertama adalah Prof. Datuk Dr. Sivamurugan […]

Majlis Perasmian Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC – YADIM

MAJLIS Perasmian Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC – YADIM telah berlangung pada 20 Oktober di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah selaku tuan rumah program konvensyen pada kali ini. Ujarnya, antara objektif yang digariskan bagi penganjuran konvensyen tersebut adalah memupuk semangat perpaduan dan saling membantu […]

Bual Bicara: ‘Hala Tuju Mahasiswa Dan Cabaran Kepimpinan Muda Madani’.

SEMPENA Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC-YADIM, telah berlangsung sesi bual Bicara bertajuk ‘Hala Tuju Mahasiswa Dan Cabaran Kepimpinan Muda Madani’. Disampaikan oleh Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan YADIM, Kapten (B) Shamsuddin Moner, sesi ini dihadiri 350 pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak pada 20 Oktober. Beliau memberi pencerahan tentang cabaran-cabaran semasa yang kini dihadapi […]

KPE YADIM di UNISZA Terengganu

KETUA Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin telah dijemput menyampaikan Kuliah Khas Cinta Rasul di Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Kuala Terengganu pada 20 Oktober. Program sempena sambutan Maulidur Rasul dan Hari Alumni UNISZA 2023 ini dihadiri seramai 150 peserta. Di Terengganu Ustaz Zamri turut mengambil kesempatan menemui pimpinan Rakan Siswa YADIM (RSY) […]

Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Bintulu

SEHARI Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Bintulu telah berlangsung pada 20 Oktober di Masjid Darul Makmur, Kampung Jepak pada 20 Oktober. Selain YADIM Sarawak, ia turut dimeriahkan dengan penyertaan pihak lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sarawak, Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak, Institut Kemahiran Mara Bintulu, Tabung Haji dan Bank Rakyat cawangan Bintulu. Selain pameran oleh […]

Majlis Penangguhan Wacana Kenegaraan Madani di IKM Bintulu

SELEPAS Sesi bersama anak anak yatim semalam, YADIM hari ini (20 Oktober) menyantuni pula para pelajar di Institut Kemahiran Mara (IKM) Bintulu. Dalam Majlis Penangguhan Wacana Kenegaraan Madani di IKM Bintulu, Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus bertemu dengan seramai 245 pelajar institusi berkenaan dan menyampaikan motivasi untuk mereka berjaya dalam pelajaran. Sesuai dengan […]

Pelancaran produk minuman kesihatan Sharob Drink

MELUASKAN Lagi bidang perniagaannya, Lembaran YADIM Sdn.Bhd (LYSB) melalui kerjasama dengan syarikat Nunha Co. pada 20 Oktober telah melancarkan produk minuman kesihatan Sharob Drink. Kerjasama ini merupakan satu langkah strategik bagi kedua pihak untuk mengembangkan lagi cabang perniagaan khususnya dalam memasarkan produk minuman Sharob Drink ini kepada sasaran pelanggan. Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Nunha […]