Kunjung Hormat RSY Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

BUAT Pertama kalinya Rakan Siswa YADIM (RSY) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan kunjung hormat ke ibu pejabat YADIM di Putrajaya pada 25 Oktober. Seramai 28 pimpinan RSY UPSI sesi 2023/2024 bersama penasihat mereka, Muhammad Hamdi Azmi disambut pegawai pegawai Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA) YADIM dan diberikan taklimat gerak kerja terkini badan dakwah ini. […]

YADIM Terengganu: Program Aspirasi Remaja Madani

PROGRAM Aspirasi Remaja Madani anjuran YADIM Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mentok telah berlangsung pada 24 Oktober. Seramai 660 orang pelajar dan guru memenuhi dewan sekolah, lokasi program berkenaan berlangsung. Program ini menampilkan mantan Timbalan Yang Dipertua IKRAM Kemaman, Ustaz Idris Kassim, sebagai penceramah jemputan. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Bukit Mentok, […]

YADIM membantu menyediakan tempat berwuduk di Himpunan Malaysia Bersama Palestin

UNTUK Kemudahan peserta Himpunan Malaysia Bersama Palestin malam ini (24 Oktober) menunaikan solat, YADIM membantu menyediakan tempat berwuduk. Terletak di tempat meletak kenderaan bahagian belakang Axiata Arena, sebanyak enam tangki besar air disediakan. Setiap tangki memuatkan 1,000 liter dan mempunyai empat pili air. Sehingga 24 orang peserta boleh mengambil wuduk dengan serentak. Kakitangan YADIM juga […]

Solat Jenazah Ghaib untuk syuhada’ yang terkorban di Gaz@

SENTIASA Sokong dan tunjukkan solidariti. Terus menunjukkan kebersamaan dan menyokong perjuangan saudara-saudara di P@lestin, YADIM pada 24 Oktober mengadakan Solat Jenazah Ghaib untuk para syahid dan saudara yang terkorban di Gaz@ angkara konflik dan kekejaman rejim Zioni$. Diadakan di ibu pejabat Putrajaya, pegawai dan kakitangan melapangkan sedikit masa untuk tujuan ini di sebalik kesibukan menjalankan […]

Kunjungan Yayasan Waja (YAWA) di pejabat YDP YADIM

YANG Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus telah menerima kunjungan Yayasan Waja (YAWA) di pejabatnya pada 23 Oktober bertujuan untuk mencari ruang kerjasama dengan badan dakwah ini terutamanya untuk menyantuni komuniti Orang Asli di negara ini. Cadangan lokasi kerjasama antara YADIM dan YAWA ialah di sekitar Pos Rejang dan Kuala Lipis. Dalam pertemuan ini, YAWA […]

Kunjungan Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat ke Balai Islam Pulau Ketam

LENSA Kunjungan Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat ke Balai Islam Pulau Ketam, Klang pada 22 Oktober. Kunjungan ini bertujuan meninjau sebarang keperluan untuk mengatur program di kawasan tersebut. Pengerusi Balai Islam Pulau Ketam, Cikgu Anas Abd Manan telah memberi penerangan tentang gerak kerja pihaknya di pulau tersebut dan menyambut baik hasrat SAY Kuala Langat. Selesai […]

Misi #OpsIhsan: Misi kemanusiaan ke Palestin

SEBANYAK 40 badan bukan kerajaan terlibat membantu menyumbang barangan bantuan untuk i berjumlah RM7 juta dengan RM2 juta daripadanya berbentuk ubat-ubatan dalam misi #OpsIhsan. Turut sama menyumbang ialah agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naím Haji Mokhtar. Simbolik serahan telah diadakan di […]

Lembaran YADIM Sdn. Bhd. (LYSB) mengadakan perbincangan dengan Pengerusi FELDA

MENYAHUT Seruan kerajaan dan mahu membantu keterjaminan makanan dalam negara, Lembaran YADIM Sdn. Bhd. (LYSB) pada 23 Oktober telah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi FELDA, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagi tujuan kerjasama antara kedua pihak. Timbalan Yang Dipertua Yadim (TYDP) Profesor Madya Dr Adi Anuar Azmin mengadakan pertemuan selama sejam yang antara lain membincangkan hasrat […]

Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam meraikan anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT

SENTIASA Mengutamakan kebajikan, Sukarelawan YADIM (SAY) Sabak Bernam pada 22 Oktober meraikan anak-anak ahlinya yang berjaya menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Bertempat di pejabat salah seorang ahli jawatankuasanya, Ustaz Kamarudin Sulaiman, tujuh pelajar yang berjaya menyambung pelajaran menerima sedikit sumbangan wang tunai bagi menyuntik semangat dan dorongan untuk mereka. Dua pelajar tersebut berjaya melanjutkan […]

Majlis Penyerahan Sumbangan Almari Penyimpanan Rehal Surau

LENSA Majlis Penyerahan Sumbangan Almari Penyimpanan Rehal Surau Sekolah Kebangsaan Kampung Sireh, Kota Bharu Kelantan pada 22 Oktober. Almari untuk penyimpanan rehal dan bahan bacaan murid seperti Sirah Nabawiyah itu disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang disaksikan oleh guru besar Sekolah berkenaan, Guru Besar , Cikgu Mohamad Awang. Hadir sama dalam majlis […]