Himpunan Solidariti Palestin di Pahang

YADIM Pahang telah menyertai rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri itu dalam menunjukkan solidariti terhadap Palestin. Program anjuran Pejabat Menteri Besar di Jengka pada 27 Oktober itu antaranya disertai NGO seperti Salimi, Pakatan Amal Sejagat, Haluan Palestin dan Aman Palestin. Lebih 2,000 peserta menyertai program ini. Pengarah YADIM Pahang, Ustaz Alwi Muda hadir […]

SEMINAR Kenegaraan Malaysia Madani di Kolej Matrikulasi Perlis, Arau.

SEMINAR Kenegaraan Malaysia Madani di Perlis terus menerima sambutan sangat baik. Siri terbaharu program tersebut berlangsung di Kolej Matrikulasi Perlis, Arau, pada 26 Oktober dengan kehadiran lebih 200 peserta. Pengisian program disampaikan Encik Amirul Syahir Musa, menyampaikan tajuk ‘Malaysia Madani’ dan Encik Shamsul Bahar Abd. Rani dengan tajuk ‘Islam dalam Perlembagaan’. Kolej Matrikulasi Perlis diwakili […]

Seminar Malaysia Madani peringkat YADIM-KAFA Perlis

SEMINAR Malaysia Madani peringkat YADIM-KAFA Perlis bertempat di Dewan Kuliyyah MAINPs, Kangar, Perlis telah berlangsung pada 28 Oktober. Seramai 150 orang peserta terlibat dalam program ini yang kesemuanya merupakan guru KAFA di Perlis. Penceramah terlibat ialah Prof Dr. Huzili Hussin, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) yang menyampaikan ceramah bertajuk ‘Keluarga Sejahtera Pemangkin Malaysia Madani’ […]

Agihan makanan oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat

LENSA Agihan makanan oleh Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat di Kampung Sungai Rambai, Telok Mengkuang dan Kampung Judah Pulau Carey pada 27 Oktober. Dua puluh keluarga miskin, anak yatim fan warga emas menerima sumbangan makanan berkenaan yang disampaikan oleh Pengerusi SAY Kuala Langat, Haji Hasmawi Haji Mahidin dan Ahli Jawatankuasanya, Encik Roslan Haji Yaacob. SAY […]

YADIM Interaktif di SMKA Al-Mashoor (Lelaki) Pulau Pinang

LENSA Program YADIM Interaktif bertajuk ‘Qudwah Hasanah & Al-Aqsa’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Mashoor (Lelaki) Pulau Pinang pada 27 Oktober. Dianjurkan YADIM Pulau Pinang, ia bertujuan bagi memupuk rasa cinta dan sayang terhadap bumi serta saudara seagama di bumi Palestin bermula daripada bangku sekolah lagi. Ia juga mengambil semangat ucapan Perdana Menteri,Yang Amat […]

YADIM Selangor: Program Pemantapan dan Pembangunan Belia Selangor

BUAT pertama kalinya YADIM Selangor telah menjadi tuan rumah bagi kerjasama program Pemantapan dan Pembangunan Belia Selangor Tahun 2024 yang dikelolakan oleh Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Selangor. Program ini bertujuan untuk mencipta ruang kerjasama dan mewujudkan hubungan strategik dalam program-program Sambutan Hari Belia Negara peringkat Negeri Selangor tahun 2024. Program seharian ini melibatkan sesi […]

SPIKEM di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi lokasi terbaharu penganjuran Seminar Peradaban Islam Dalam Ketamadunan Malaysia (SPIKEM) 2023 selepas ia diadakan dengan jayanya pada 26 Oktober. Mengangkat tema “Masyarakat Majmuk Dalam Pembentukan Negara Madani”, siri kelima SPIKEM itu dianjurkan YADIM dengan kerjasama Pusat Kajian Bahasa Arab dan Tamadun Islam (ArabIC), Fakulti Pengajian Islam UKM bertempat di Dewan […]

Pelatih ADMY mengurus jenazah

PELATIH Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2023 terus diberi latihan dan pengalaman sebenar dunia dakwah. Bertempat di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur pada 25 Oktober, seramai 28 pelatih diberi latihan bagaimana untuk mengurus jenazah, bermula dari memandikan hingga mengebumikan. Dipandu oleh pegawai-pegawai terlatih daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, mereka menguruskan jenazah seorang […]

Saluran diplomasi mekanisme terbaik selesaikan konflik – Anwar

PETALING JAYA – Malaysia sentiasa berpegang kepada saluran diplomasi sebagai mekanisme terbaik untuk menyelesaikan sebarang konflik. Perkara tersebut dijelaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu syarahan umum berjudul ‘Persaingan Kuasa Besar dan Ketegangan yang Meningkat di Asia Pasifik’ di Universiti California, Berkeley, pada 15 November. Beliau turut menerangkan tentang keperluan hubungan strategik […]

Perbincangan mengenai pelaksanaan Seminar Malaysia MADANI: Persepektif Maqasid Syariah

KOMITED Untuk terus menganjurkan program mengukuhkan kefahaman Malaysia Madani, satu perbincangan mengenai pelaksanaan Seminar Malaysia MADANI: Persepektif Maqasid Syariah telah berlangsung pada 24 Oktober. Ia melibatkan YADIM, Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Akademi Ibnu Abbas, Akademi NUNJI dan Yayasan Canselor UKM. Diadakan di pejabat JKOM di Putrajaya, penganjuran seminar ITU nania berhasrat mencerdaskan pemikiran masyarakat tentang […]