Program Wacana Madani bersama Rejimen 512 Askar Wataniah.

KOMUNITI Anggota pasukan badan beruniform sebagai petugas barisan hadapan tidak pernah dilupakan YADIM dalam melestari gerakan dakwah. Selaras dengan itu, program Wacana Madani telah dianjurkan YADIM Terengganu dengan kerjasama Rejimen 512 Askar Wataniah. Program di Dewan Rejimen 513 Askar Wataniah Kem Padang Midin, Kuala Terengganu pada 30 Oktober ini dihadiri seramai 80 anggota pasukan berkenaan. […]

5 orang daie orang asli YADIM pertingkat dan perkukuhkan kompetensi diri

SERI KEMBANGAN – Potensi diri para Daie Orang Asli YADIM terus dipertingkatkan agar inisiatif melestari gerakan dakwah dapat dijalankan dengan terus cemerlang. Tahniah diucapkan kepada 5 orang Daie Orang Asli (DOA) YADIM yang telah terpilih melibatkan diri dalam program Ramah Mesra Kepimpinan Masyarakat Orang Asli Selangor anjuran Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS). Program yang […]

KPE berikan kuliah Maghrib di Masjid Ar Rahman Kampung Kubang Batang

KULIAH Maghrib di Masjid Ar Rahman Kampung Kubang Batang, Tumpat merupakan program ketiga Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin dalam lawatan ke Kelantan pada 29 Oktober. Beliau membawa tajuk ‘Membangun Malaysia Madani Melalui Semangat Perpaduan’ dalam kuliah ini. Turut dilaksanakan dalam majlis yang sama ialah penyampaian Bakul Madani oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan […]

Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat menyantuni enam keluarga uzur

PRIHATIN Dengan komuniti sekeliling, Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat menyantuni enam keluarga yang ahlinya ditimpa keuzuran pada 29 Oktober. Mereka terdiri daripada penduduk di Kampung Sijangkang, Kampung Kebun Bharu dan Sungai Rambai yang mengidap kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan lumpuh. Penduduk yang disantuni kebanyakannya telah terlantar dan memerlukan bantuan untuk menguruskan diri. Pengerusi […]

Bicara Madani bersama Guru-Guru Daerah Kota Bharu

SIRI Penerangan berkaitan konsep Malaysia Madani diteruskan oleh YADIM Kelantan pada 29 Oktober. Selesai program Bicara Madani bersama Guru-Guru Daerah Kota Bharu di sebelah pagi, sesi penerangan diteruskan di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Seramai 200 orang peserta terdiri daripada pelatih perguruan telah menyertai program ini. Ceramah bertajuk “Madani Teras Professionalisme Keguruan” […]

Majlis Perasmian Penutup Kursus Persediaan Mahasiswa Madani ke Korea

Anyong haseyo…. Satu pencapaian besar untuk Rakan Siswa YADIM (RSY) apabila ia kini melebarkan sayapnya ke Korea! RSY Korea telah berjaya dibentuk ketika Majlis Perasmian Penutup Kursus Persediaan Mahasiswa Madani ke Korea, pada 29 Oktober melalui kerjasama YADIM dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Program bermula 28 Oktober di Institut Latihan Dakwah YADIM (INDAH), Hulu Langat […]

Kursus Persediaan Mahasiswa Madani dan Pembentukan Rakan Siswa YADIM (RSY) Korea

ALHAMDULILLAH…. YADIM Diberi kepercayaan membimbing dan membantu memberi persediaan untuk anak-anak muda yang bakal menimba ilmu ke luar Negara. HARI pertama (28 Oktober) Kursus Persediaan Mahasiswa Madani dan Pembentukan Rakan Siswa YADIM (RSY) Korea di Institut Latihan Dakwah YADIM, Hulu Langat telah berjalan dengan kehadiran 100 orang peserta mahasiswa daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Kursus […]

Program Bicara Madani Guru-Guru Daerah Kota Bharu

YADIM Terus komited memberikan kefahaman kepada pelbagai lapisan masyarakat berkaitan konsep Malaysia MADANI. Justeru, Program Bicara Madani Guru-Guru Daerah Kota Bharu dianjurkan oleh Persatuan Pendidik Profesional Kelantan, Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN), Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu dengan kerjasama YADIM Kelantan pada 29 Oktober di Auditorium Ibu Pejabat LKTN , Kubang Kerian, Kota Bharu. […]

Program YADIM Peduli di Penjara Koreksional Perlis

YADIM Perlis turut menjadikan penghuni penjara sebagai golongan sasaran dakwah mereka. Menerusi Program YADIM Peduli di Penjara Koreksional Perlis,Kangar pada 26 Oktober, seramai 120 penghuni pusat berkenaan disantuni. Penceramah untuk program ini ialah Encik Arif Zakki dari Ultimate Success Consultant yang menyampaikan tajuk ‘Rejuvenasi Minda: Hidup Mati Biar Bererti’. Wakil penjara, Tuan Ridzuan Jamal mengucapkan […]

Sumbangan Bakul Rahmah daripada YADIM Kelantan

SERAMAI 15 keluarga asnaf menerima sumbangan Bakul Rahmah daripada YADIM Kelantan dalam Program Keselamatan dan Kesejahteraan Komuniti Kampung Gelong Badak, Bachok pada 28 Oktober. Ia disampaikan oleh Pengarah YADIM Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang. Aktiviti sukaneka, persembahan silat dan cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan suasana serta mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat. Program ini dianjurkan […]