Anwar duduki tangga ke-11 pemimpin, ahli politik Islam berpengaruh dunia
SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai antara 50 pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh di dunia menerusi kategori Penghargaan Terhormat. Beliau menduduki tangga ke-11 dalam risalah edisi terbaru ‘The Muslim 500: The World’s 500 Most Influential Muslim 2024’. Bagi kategori ahli politik Islam paling berpengaruh, Anwar berada di kedudukan ke-17. Pada […]
Thailand mahu dapatkan kepakaran Malaysia berhubung sijil halal
PUTRAJAYA: Thailand berhasrat mendapatkan pengiktirafan sijil halal Malaysia bagi meningkatkan pengeluaran produk makanannya ke peringkat antarabangsa. Perdana Menterinya, Srettha Thavisin, berkata Malaysia memiliki jenama halal yang boleh membantu Thailand memasarkan produknya ke seluruh dunia. “Thailand adalah sebuah negara yang mempunyai keselamatan makanan selain dilengkapi dengan produk pertanian yang maju. Jadi, kami merasakan boleh meningkatkan produktiviti […]
Elaun pendakwah rendah, mereka perlu dibela !
Kuala Lumpur: Mengambil kira peningkatan kos sara hidup semasa, elaun pendakwah di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) dan Majlis Agama Islam Negeri (Main) wajar dinaikkan. Ia termasuk elaun yang turut diberikan kepada penggerak masyarakat Orang Asli, mubaligh Islam serta guru agama selaras dengan kadar gaji minimum. Mufti Pulau Pinang, Datuk […]
Al-Falah jadi dokumen panduan kerja 14 agensi JPM (agama)
KUALA LUMPUR: Buku Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani (Al-Falah) yang dilancarkan hari ini, diharap akan menjadi dokumen panduan kerja bagi 14 agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar juga berharap, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) […]
Tindakan Israel biadap, tidak bertanggungjawab – Mohd Na’im
PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan serangan Israel ke atas Gaza, Palestin sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan orang awam termasuk kanak-kanak, kata Menterinya Datuk Mohd Na’im Mokhtar. “Tindakan Israel adalah biadab serta amat tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan berkaitan solidariti bersama umat Islam di Gaza yang dikeluarkan hari ini, yang turut […]
Kem Kepimpinan Rakan Belia YADIM Zon Utara
KEM Kepimpinan Rakan Belia YADIM Zon Utara telah berlangsung pada 6 hingga 8 Oktober di Kompleks Rakan Muda Baling, Kedah. Seramai 100 peserta daripada ahli Rakan Belia YADIM (RBY) Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)Jitra, IKBN Naka, IKBN Kuala Perlis dan IKBN Seri Iskandar. Majlis perasmian penutup disempurnakan […]
Program ‘Bicara Dakwah Wanita Dambaan Syurga’.
KERJASAMA YADIM Johor dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ternyata berhasil menyantuni pelbagai lapisan masyarakat. Terbaharu pada 8 Oktober, seramai 50 klien AADK Johor disantuni dalam program ‘Bicara Dakwah Wanita Dambaan Syurga’. Bertempat di Dewan YADIM Johor, program anjuran YADIM Johor bersama AADK Johor ini menampilkan dua penceramah memberi pengisian iaitu wakil WADAH Negeri Johor, […]
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sabak Bernam
SUKARELAWAN YADIM (SAY) Sabak Bernam telah menyertai perarakan Cinta Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Sabak Bernam pada 7 Oktober. Bermula seawal 7 pagi, semua peserta telah berhimpun di perkarangan Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam untuk persiapan bagi program perarakan . SAY Sabak Bernam telah menghantar 40 peserta untuk perarakan tersebut. Terdapat 35 […]
Program YADIM Kolaboratif:Karnival MADANI
GANDINGAN Pelbagai agensi kerajaan memeriahkan Program YADIM Kolaboratif:Karnival MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra, Kota Bharu apabila kira kira 700 pengunjung menghadirinya pada 7 Oktober. Dengan YADIM selaku tuan rumah, ia turut dijayakan dengan kerjasama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Lembaga Pembangunan Penduduk Keluarga Negara (LPPKN),Yayasan Pembangunan […]
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kuala Muda
SAMBUTAN Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kuala Muda 1445/2023 pada 7 Oktober diraikan penuh meriah apabila lebih 5,000 orang menghadirinya. YADIM Kedah turut sama menyertai perarakan bersama 39 kontinjen dalam program anjuran Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dan Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) ini. Bersama YADIM Kedah ialah ahli Sukarelawan YADIM Sungai Petani, Merbok, Pantai Merdeka […]