STREET Dakwah Harmoni oleh YADIM Terengganu

STREET Dakwah Harmoni oleh YADIM Terengganu di Pulau Perhentian kini memasuki siri ke 3. Program pada 20 hingga 24 September ini berlangsung di Masjid Ar Rahman, Pulau Perhentian, Besut. Kali ini seramai 40 pelancong dari Perancis, Portugal, Ukraine , Kanada, Sepanyol, Venezuela, Belqium, Sepanyol, Itali, Belanda, China dan Finland disantuni dalam program ini oleh Sukarelawan […]

Program Keluarga Harmoni Organisasi Madani

INISIATIF Menanamkan Kefahaman Gagasan Malaysia Madani diteruskan lagi oleh YADIM Terengganu menerusi Program Keluarga Harmoni Organisasi Madani pada 22 September. Program di Setiu ini dihadiri seramai 112 pegawai dan kakitangan Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara (LKTN). Penerangan dan pengisian ceramah disampaikan oleh Ketua Jabatan Kenegaraan Dan Ketamadunan Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Madya Dr Firdaus Khairi […]

MAJLIS Minum Petang Bersama Diaspora Malaysia di Jakarta

MAJLIS Minum Petang Bersama Diaspora Malaysia di Jakarta membuka tirai program YADIM di Indonesia sempena Pesta Buku Indonesia 2023. Berlangsung di Malaysia Hall Jakarta, ia dihadiri kira-kira 30 peserta terdiri daripada pelajar Malaysia, kakitangan kedutaan, atase pertahanan, atase agama serta wakil pelbagai agensi kerajaan Malaysia. Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus menyampaikan ucapan aluan […]

Bengkel Kejurulatihan Modul Malaysia Madani

BENGKEL Kejurulatihan Modul Malaysia Madani telah berlangsung pada 23 September di Ipoh Perak. Disertai oleh seramai 150 peserta, ia melibatkan ahli-ahli badan bukan kerajaan Islam negeri Perak antaranya, WADAH, ABIM, KPIP, IKRAM, MAPIM, SALIMAH, PELITA dan SERI. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Duat Al-Falah, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia […]

Program Simposium Mahasiswa Madani di IPGK, Pulau Pinang

SERAMAI 200 orang mahasiswa dari Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Pulau Pinang, IPGK Tuanku Bainon, IPGK Sultan Abdul Halim, IPGK Darul Aman, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Universiti Malaysia Perlis telah menyertai program Simposium Mahasiswa Madani anjuran YADIM. Progam pada 23 September ini yang diselaraskan oleh Bahagian Kepimpinan Muda (KEMUDA), menekankan […]

SEHARI Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Selangor

SEHARI Bersama Komuniti (SEBATI) Madani di Selangor memasuki siri ke 3 apabila yang terkini diadakan di Masjid Kampung Perepat, Kapar pada 22 dan 23 September. Bermula dengan tazkirah Maghrib oleh Daie Muda YADIM (DMY), Zaiful Faizal Mohamad Hasan pada 22 September dengan tajuk ‘Akhlak Rasulullah SAW: Disayangi Kawan dan Lawan’. Selesai solat Subuh pada 23 […]

Penyebaran pemahaman Islam yang tepat dapat elak salah tanggapan – PM Anwar

BANGI: Penyebaran tentang pemahaman Islam yang tepat dapat meningkatkan keyakinan Muslim terhadap agamanya serta mampu memberi kejernihan fikiran kepada golongan bukan Islam berkaitan Islam agar tidak wujud salah tanggapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Islam merupakan agama indah yang mampu memberi kebahagiaan hakiki kepada setiap insan tanpa mengira kaum sama ada Melayu, Cina, […]

Kerajaan komited bantu mualaf tingkatkan amalan ajaran Islam sepenuhnya

BANGI: Kerajaan komited memastikan semua mualaf di negara ini mampu mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya sekali gus menjadi mukalaf terbaik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim Mukalaf pula bermaksud orang Islam atau yang telah kembali kepada Islam, yang berakal sihat, telah baligh dan dipertanggungjawabkan dengan kewajipan untuk menjalankan tuntutan agama Islam serta menjauhi segala larangannya. Perdana Menteri […]

PM ulangi pendirian Malaysia terus bersama dalam perjuangan Palestin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian Malaysia untuk terus bersama dalam perjuangan rakyat Palestin. Beliau berkata perkara itu dikongsi dengan beberapa wakil badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Cinta Gaza Malaysia (CGM), Cinta Syria Malaysia (CSM) dan Global Peace Mission (GPM) dalam satu pertemuan di Parlimen […]

‘Institusi diraja beri kestabilan, ketenangan’

SHAH ALAM – Institusi diraja memberikan kestabilan, kemantapan dan ketenangan di dalam negara tatkala ideologi ahli politik di dalam negara berkenaan berbeza-beza. Penyandang Kursi Institusi Raja-raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling berkata, sistem beraja adalah sistem yang mengatasi segala pembahagian kuasa legislatif, kehakiman dan eksekutif. Malah, beliau turut menolak dakwaan […]