Kunjungan kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri, Pulau Pinang

PELBAGAI Pengisian melestari gerakan dakwah di Pulau Pinang oleh YADIM, mendapat reaksi positif daripada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak. Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi pada 19 September menerima kunjungan YADIM, diketuai oleh Yang Dipertuanya, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus dengan tujuan memberi taklimat mengenai […]

Yadim Terengganu: Program Aspirasi Belia Madani

YADIM Terengganu meneruskan lagi Program: Aspirasi Belia Madani ‘Tahsin Ibadah Melahirkan Karamah Insaniah’ anjuran mereka. Kali ini program di Pusat Giat Mara Batu Burok, Kuala Terengganu pada 19 September dihadiri seramai 30 peserta. Zamalah YADIM, Ustaz Abdul Rashid Abdullah merupakan penceramah program ini. Program dengan kerjasama GIATMARA Negeri Terengganu ini menggunakan Kitab Fiqh Al-Manhaji sebagai […]

Yadim Sabah: Penyerahan Bakul Rahmah kepada asnaf

LENSA Penyerahan Bakul Rahmah kepada asnaf Oleh YADIM Sabah baru-baru ini. Seramai 50 keluarga menerima sumbangan berkenaan yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato’ Setia Dr Haji Na’im Mokhtar dalam Majlis Serahan Program Mobility TH 2023 anjuran rakan agensi, Tabung Haji. Hadir ke program di Masjid Ar-Rahim Kampung Jawa Sumbiling, Tenom, […]

Seminar Kenegaraan Madani di SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu

SEMINAR Kenegaraan Madani di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Naim Lilbanat di Kota Bharu, Kelantan pada 18 September telah menarik penyertaan lebih 300 pelajar. Program setengah hari anjuran Bahagian Kepimpinan Muda YADIM dan YADIM Kelantan ini menghimpunkan pelajar dari SMK Agama Naim Lilbanat, SMK Sultan Ismail, Maktab Sultan Ismail, SMK Zainab 1 serta SMK Dato’ […]

STREET Dakwah Harmoni anjuran YADIM Terengganu

STREET Dakwah Harmoni anjuran YADIM Terengganu dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) Pulau Perhentian kini memasuki siri ke 2. Program pada 14 hingga 17 September di Masjid Ar-Rahman Pulau Perhentian, Besut itu mensasarkan untuk menyantuni para pelancong asing yang berkunjung ke masjid berkenaan, khususnya yang bukan Muslim. Seramai empat anggota SAY Pulau Perhentian terlibat kali ini, […]

Program Aspirasi Belia Madani ‘Tahsin Ibadah Melahirkan Karamah Insaniah’

SIRI Terbaharu Program: Aspirasi Belia Madani ‘Tahsin Ibadah Melahirkan Karamah Insaniah’ telah berlangsung di Pusat Giat Mara Bukit Petiti, Kuala Terengganu pada 18 September. Seramai 30 peserta menyertainya yang menampilkan Zamalah YADIM, Ustaz Abdul Rashid Abdullah sebagai penceramahnya. Program anjuran YADIM Terengganu dengan kerjasama GIATMARA Negeri Terengganu ini menggunakan Kitab Fiqh Al-Manhaji sebagai medium pengajaran […]

Konflik Palestin-Israel: Masyarakat antarabangsa berat sebelah – Anwar

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan terus menyokong serta memperjuangkan solidariti tanpa henti buat Palestin. Dalam catatan di laman Twitternya malam tadi, Anwar berkata, masyarakat antarabangsa berterusan mengambil tindakan berat sebelah terhadap segala bentuk kekejaman dan penindasan kepada rakyat Palestin. “Rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin dibuat Zionis […]

Masjid dibiayai rakyat Malaysia musnah dibom Israel

SHAH ALAM – Masjid Muhammad Al-Amin di Gaza, Palestin yang dibina badan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care Malaysia (MCM) musnah akibat serangan bom tentera Israel. MCM berkata, pihaknya berjaya membina masjid itu pada penghujung 2013 untuk kegunaan rakyat Palestin, tetapi musnah sepenuhnya dan tidak boleh digunakan. “Retak hati berkeping-keping melihat masjid yang tersergam indah hasil […]

Penceramah luar masih tidak dibenar mengajar di Perak

IPOH: Semua penceramah dari luar negeri Perak masih tidak dibenarkan mengajar atau bersyarah di dalam masjid di negeri ini. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keputusan itu masih dikekalkan berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada Ogos lalu sehingga garis panduan baharu dikeluarkan. Menurutnya, garis panduan baharu tersebut dijangka […]

MAIWP ganda usaha bantu asnaf, gelandangan

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan terus melaksanakan usaha membantu golongan asnaf dan gelandangan keluar daripada garis kemiskinan tegar. Komitmen itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar susulan pelaksanaan pelbagai program serta aktiviti MAIWP menyalurkan bantuan kewangan serta keperluan harian kepada golongan berkenaan. […]