KEM Motivasi Pelajar anjuran KEMUDA YADIM

KEM Motivasi Pelajar anjuran Unit Sekolah, Bahagian Kepimpinan Muda YADIM dengan kerjasama Kafa Al-Hidayah West Country telah berlangsung di Hulu Langat pada 16 dan 17 September. Ia dianjurkan sebagai usaha serius bagi mencapai misi YADIM untuk melahirkan masyarakat menjiwai nilai-nilai murni dan aspirasi Malaysia Madani. Program di D’iman Semungkis ini dihadiri seramai 109 orang pelajar […]

Santuni asnaf yang menerlukan di Flat Sri Johor

LENSA Bahagian Khidmat Bakti YADIM menyantuni asnaf yang menerlukan di Flat Sri Johor, Kuala Lumpur pada hari ini (17 September). Seramai 96 keluarga di flat berkenaan menerima sumbangan Bakul Madani yang mengandungi beras, tepung, kicap, sos, biskut, teh, sardin, garam dan gula. Turut menerima sumbangan ialah balu kepada seorang penerima yang baharu sahaja meninggal dunia […]

YADIM Interaktif – Dialog Wanita Hebat 3K (Kesihatan, Keluarga dan Kerjaya)

SEMPENA Sambutan Hari Malaysia, dianjurkan program YADIM Interaktif – Dialog Wanita Hebat 3K (Kesihatan, Keluarga dan Kerjaya) di Masjid At Taubah, Pinang Tunggal, Sungai Petani. Program anjuran YADIM Kedah pada 16 September ini disertai 60 peserta dari kalangan wanita setempat. Objektif utama penganjuran program ini adalah melahirkan wanita yang memberi inspirasi dan motivasi menerusi peranan […]

Program Sehari Bersama Komuniti (Sebati) Madani anjuran YADIM Selangor

KAMPUNG Kepau Laut, Pulau Carey menjadi lokasi terkini Program Sehari Bersama Komuniti (Sebati) Madani anjuran YADIM Selangor. Disemarakkan dengan kerjasama Sukarelawan YADIM (SAY) Kuala Langat pada 16 September, mereka mengimarahkan Musolla Al Rahman, Kampung Kepau Laut. Seramai 15 anggota SAY diketuai Pengerusinya, Haji Hasmawi Mahidin turun padang disertai Pengerusi Musolla Al Rahman, Ustaz Mohd Rosli […]

YADIM Kolaboratif : Seminar Ketokohan : Laksamana Zheng He

HAMPIR 200 peserta menyertai program YADIM Kolaboratif : Seminar Ketokohan : Laksamana Zheng He di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang pada 15 September. Bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan ketokohan pahlawan Zheng He sebagai penyebar Islam daripada China ke Nusantara serta meningkatkan kesedaran dan kecintaan kepada sejarah ketamadunan Islam di kalangan peserta, program in merupakan […]

Program Wacana Malaysia Madani di Sabah

PENDIDIKAN Sentiasa menjadi keutamaan YADIM. Ia diterjemahkan menerusi pelbagai penganjuran program melibatkan bukan sahaja pelajar, tetapi juga warga pendidik di seluruh negara. Sabah menjadi lokasi terbaharu program sedemikian apabila pada 15 September, dianjurkan program Wacana Malaysia Madani bersama Pengetua, Penolong Kanan dan Guru-Guru Pendidikan Islam di negeri tersebut. Seramai 350 peserta warga pendidik menyertai program […]

Program Pengurusan Jenazah Wanita

SELEPAS Hospital Kulim baru-baru ini, YADIM Kedah/Perlis telah menganjurkan program Pengurusan Jenazah Wanita yang dianjurkan bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Kubang Pastu dan Asrama Akhlak (P) Jitra. Selain objektif memberi pendedahan ilmu kepada para peserta, program ini juga berhasrat menyantuni remaja di asrama berkenaan, bagi menunjukkan mereka sentiasa tidak dilupakan. Program setengah hari pada 15 September […]

Santuni warga emas di Rumah Bait Al Mawaddah, Shah Alam

BERTEMPAT di Rumah Bait Al Mawaddah, Shah Alam, Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik YADIM dengan kerjasama rakan badan bukan kerajaan Bait Al Mawaddah pada 14 September telah menyantuni warga emas yang berada di sana. Selain perkongsian ilmu oleh YADIM, beberapa warga emas juga berkongsi pengalaman kesukaran menempuh kehidupan ketika zaman sebelum kemerdekaan negara. Ketua […]

Butik Hasnuri Sdn Bhd menaja jersi bagi para pelatih ADMY

UNTUK Tahun kedua berturut-turut Butik Hasnuri Sdn Bhd telah bermurah hati menaja jersi bagi para pelatih Akademi Daie Muda YADIM bagi kegunaan sepanjang empat bulan latihan mereka. Terbukti menarik, lasak dan praktikal, jersi berkenaan nyata memudahkan dan jelas sangat berguna untuk 28 pelatih bagi tahun ini. Butik Hasnuri Sdn Bhd telah ditubuhkan oleh pasangan suami […]

YADIM Kedah/Perlis: Program Peduli Remaja

MOTIVASI Diperlukan sebagai pendorong bagi kita melakukan sesuatu hingga berjaya, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar. Justeru, bagi memantapkan motivasi di kalangan pelajar, YADIM Kedah/Perlis dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Badong, Merbok telah menganjurkan program Peduli Remaja kepada pelajar sekolah berkenaan pada 14 September. Bertempat di surau sekolah berkenaan, seramai 350 pelajar terdiri daripada […]