KPM nafi keluarkan lima hadis modul Hadis 40 Imam Nawawi
SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan sekerasnya dakwaan mengeluarkan lima hadis daripada Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi. Menterinya, Fadhlina Sidek menegaskan pihaknya kini masih dalam proses bagi memuktamadkan hadis modul tersebut. “Ruang perlu diberikan kepada KPM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memperhalusi perkara itu secara terperinci. Ini kerana kita mahu modul itu akan berjaya dilaksanakan […]